RAUB: Mahkamah Sesyen Raub pada Isnin telah menjatuhkan denda RM70,000 dan tujuh bulan penjara, jika gagal membayar denda, kepada seorang penyelia tapak kerana bersalah menyebabkan Sungai Merapoh, Lipis, tercemar dan mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Merapoh ditutup.
Tertuduh Lew Shou Jen, 49, mengaku bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Raub, Ahmad Faizadh Yahaya, dan dijatuhkan hukuman di bawah Sesyen 37 (1) (C) Enakmen Sumber Air Pahang 2007.
Menurut fakta kes pada 25 Jun 2021, anggota penguatkuasa dari Unit Penguatkuasaan Air Negeri Pahang Zon Barat, telah melakukan siasatan ke atas aduan penutupan Lori Rawatan Air Merapoh, Kuala Lipis.
Siasatan yang dilakukan di bawah Seksyen 37 (1) (c) Enakmen Sumber Air 2007 itu menyebut "mana-mana orang melepaskan; atau menyebabkan supaya dilepaskan; ke dalam mana-mana sumber air apa-apa benda yang disebabkan oleh sifat semula jadinya atau kesannya dalam melunturkan warna air, menjadikan atau menyumbang kepada menjadikan air itu sukar dirawat".
Siasatan lanjut kemudiannya dilakukan ke atas tanah bernombor Lot 5055 di Mukim Batu Yon, daerah Lipis, Negeri Pahang milik Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (sekarang dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang - PKNP) yang telah dipajakkan kepada Syarikat Bintang Tower Sdn. Bhd., mendapati adanya kerja-kerja pembukaan tanah yang meliputi kawasan melebihi 30 ekar.
Kesan daripada kerja tanah tersebut telah menyebabkan air kotor daripada tanah di atas tanah lot tersebut memasuki ke sebuah saluran air dan seterusnya mengalir terus ke Sungai Merapoh.
Hasil siasatan juga mendapati Syarikat Bintang Tower Sdn. Bhd. telah melantik sebuah syarikat bernama United Paulownia Sdn. Bhd. untuk menjalankan kerja-kerja penanaman pokok Paulownia sebagaimana yang telah dipersetujui antara PKNP dan syarikat Bintang Tower Sdn. Bhd.
Penyelia tapak syarikat United Paulownia Plantation Sdn. Bhd. didapati telah gagal mengarahkan kontraktor bagi membina kolam perangkap kelodak (silt trap) dan ia telah menyebabkan kerja-kerja tanah tersebut menyumbang kepada berlakunya pencemaran Sungai Merapoh.
Seterusnya, PKNP pada 1 Julai 2021 juga setelah mengesahkan terdapat saliran parit dari kawasan tanah lot itu di alirkan masuk ke Sungai Merapoh, telah mengeluarkan surat arahan untuk menghentikan kerja di atas Lot 5055.
Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Pahang pada 17 Ogos 2021 dan telah mendapat izin untuk menjalankan pendakwaan ke atas penyelia tapak syarikat United Paulownia Sdn. Bhd. (Orang Kena Saman) di bawah kesalahan Seksyen 37 (1) (c).
Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM 250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Unit Penguatkuasa Air Pahang Izzat Ikhwan Abu Bakar.
Pegawai Pendakwa daripada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang berpuas hati dengan jumlah denda yang dikenakan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat di negeri ini.
Menurut Pegawai Pendakwa daripada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Seksyen 37 (1) (C) Enakmen Sumber Air Pahang 2007 ini adalah pertama kali digunakan bagi membuktikan ketegasan kerajaan Pahang pemeliharaan sumber air negeri.
Mohd Zalani Md Atan
Mon Oct 25 2021
![Penyelia tapak cemar Sungai Merapoh, sebabkan LRA ditutup, didenda RM70,000 Penyelia tapak cemar Sungai Merapoh, sebabkan LRA ditutup, didenda RM70,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635159596_cemarsungaimerapoh.jpg)
Tertuduh mengaku bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Raub, dan dijatuhkan hukuman di bawah Sesyen 37(1)(C) Enakmen Sumber Air Pahang 2007. - Astro AWANI
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![JAS sedang siasat, periksa premis bertanggungjawab cemar Sungai Tebrau JAS sedang siasat, periksa premis bertanggungjawab cemar Sungai Tebrau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726159171_ZainiKasirin.jpg)
JAS sedang siasat, periksa premis bertanggungjawab cemar Sungai Tebrau
JAS sedang menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki melakukan pencemaran sehingga menyebabkan bau busuk di Sungai Tebrau.
![Penyelia tapak cemar Sungai Merapoh, sebabkan LRA ditutup, didenda RM70,000 Penyelia tapak cemar Sungai Merapoh, sebabkan LRA ditutup, didenda RM70,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635159596_cemarsungaimerapoh.jpg)
Penyelia tapak cemar Sungai Merapoh, sebabkan LRA ditutup, didenda RM70,000
Tertuduh mengaku bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Raub, dan dijatuhkan hukuman di bawah Sesyen 37(1)(C) Enakmen Sumber Air Pahang 2007.
![Kilang didenda RM90,000 gagal patuhi peraturan Jabatan Alam Sekitar Kilang didenda RM90,000 gagal patuhi peraturan Jabatan Alam Sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607952761_courtgavelmahkam.jpg)
Kilang didenda RM90,000 gagal patuhi peraturan Jabatan Alam Sekitar
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar manakala syarikat diwakili peguambela mereka.