Penyelesaian jangka panjang terhadap masalah jerebu rentas sempadan akan dibincangkan dengan Indonesia di Jakarta pada 25 Sept, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia akan diwakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada perbincangan itu.
Beliau berkata Malaysia akan memberikan kerjasama kepada Indonesia untuk mengendalikan isu itu.
"Menteri Sumber Asli akan datang pada 25 Sept untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Indonesia serta rakan-rakan ASEAN yang lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.
Jumaat lepas, Ahmad Zahid berkata Malaysia dan Indonesia akan mengambil beberapa langkah penyelesaian jangka panjang dalam menangani masalah jerebu rentas sempadan yang berulang setiap tahun.
Masalah jerebu rentas sempadan merupakan sejarah berulang melanda beberapa negara Asia Tenggara sejak dahulu lagi. Ia dikatakan berpunca dari Indonesia disebabkan aktiviti pembakaran hutan untuk tanaman kelapa sawit dan pulpa di negara itu.
Berhubung tindakan kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang teruk dilanda jerebu di republik ini, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan berbincang dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan juga pemimpin-pemimpin pelajar.
"Dulu (pertimbangan bantuan) di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi kini di bawah agensi pengurusan bencana negara. Ada juga permintaan untuk bantuan kewangan bagi para pelajar (Malaysia di kawasan teruk dilanda jerebu), kita akan lihat untuk bantuan itu," katanya.
Mengulas lawatan empat hari beliau di Indonesia sejak Jumaat, lawatan pertama beliau ke luar negara sejak dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lepas, Ahmad Zahid berkata beliau menjadikan Indonesia sebagai negara pertama bagi meneruskan tradisi semua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu dilantik untuk melawat Indonesia.
"Ia bagi membincangkan hubungan dua hala. Saya melakukan beberapa perbincangan melibatkan isu dua hala termasuk isu-isu kepentingan bersama seperti keperluan untuk mempertingkatkan pertukaran maklumat risikan dalam kalangan agensi penguatkuasaan terutamanya dalam menangani ancaman keganasan.
"Aspek mengenai Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia serta kebajikan mereka termasuk proses pemutihan PATI (pendatang tanpa izin) Indonesia juga dibincangkan," katanya.
Program lawatan Ahmad Zahid yang tiba di sini pagi Jumaat lalu bermula dengan mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Luhut Binsar Pandjaitan.
Ia diikuti kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla di Istana Naib Presiden pada hari yang sama.
Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhammad Hanif Dhakiri dan hari ini bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Tjahjo Kumolo.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri turut melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Presiden di Bogor, kira-kira 50km dari sini.
Kunjungan hormat selama kira-kira sejam itu merupakan program di luar jadual lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri di Indonesia, setelah Presiden itu menjemput Ahmad Zahid.
"Apa yang penting hubungan yang tidak formal antara kedua-dua negara telah menyelesaikan beberapa masalah terutama masalah proses membawa masuk pekerja-pekerja dari Indonesia, juga untuk proses undang-undang bagi pekerja yang mahu pulang ke Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.
"Kita minta mereka (kedutaan Indonesia) keluarkan dokumen perjalanan, dan individu itu bayar denda tertentu mengikut jumlah berapa lama tinggal di Malaysia," katanya.
Bernama
Sun Sep 20 2015
![Penyelesaian jangka panjang masalah jerebu dibincang 25 Sept - Zahid Penyelesaian jangka panjang masalah jerebu dibincang 25 Sept - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442330266_950x600.jpg)
Menteri Sumber Asli akan datang pada 25 Sept untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Indonesia serta rakan-rakan ASEAN yang lain. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Penyelesaian jangka panjang masalah jerebu dibincang 25 Sept - Zahid Penyelesaian jangka panjang masalah jerebu dibincang 25 Sept - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442330266_950x600.jpg)
Penyelesaian jangka panjang masalah jerebu dibincang 25 Sept - Zahid
Malaysia akan diwakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada perbincangan itu.