SABAK BERNAM: Seorang penyelam dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti menyelam untuk menarik sebuah bot karam di perairan Sungai Besar di sini pada pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Calvin Patrick Lazaroo, 27, disedari hilang tiga rakan penyelam yang ketika itu turut melakukan selaman untuk mengikat tali pada bot milik sebuah syarikat yang karam pada 22 Julai lalu.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor memaklumkan, Pusat Sub Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima laporan daripada rakan penyelam selepas empat jam mereka melakukan usaha pencarian.
"MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada jam 2.20 petang dan mengatur gerak KM Nyalau yang sedang beroperasi ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada malam Selasa.
Kenyataan memaklumkan, selain Maritim Malaysia, operasi itu turut disertai pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan komuniti nelayan setempat.
Kenyataan itu memberitahu, sehingga jam 7.30 petang Selasa, mangsa masih belum ditemui.
"Carilamat ditangguhkan pada 7.30 petang kerana faktor penglihatan terhad pada waktu malam dan cuaca buruk," katanya.
Menurut kenyataan itu, fokus pencarian pada Rabu tertumpu di kawasan berkeluasan 148.83 batu nautika persegi di sekitar perairan Sungai Besar.
"Pangkalan hadapan Carilamat akan ditubuhkan di Jeti Perikanan Sungai Besar, Selangor," kata kenyataan itu.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Aug 04 2021
fokus pencarian Calvin Patrick tertumpu di kawasan berkeluasan 148.83 batu nautika persegi di sekitar perairan Sungai Besar. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Penyelam tarik bot karam dikhuatiri lemas
Calvin Patrick Lazaroo disedari hilang tiga rakan penyelam yang ketika itu turut melakukan selaman untuk mengikat tali pada bot.