Semua premis makanan dan minuman termasuk restoran di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan mulai 1 Julai ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata dasar pelaksanaan mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lepas.
Bagaimanapun katanya, penyedut minuman plastik hanya akan diberikan atas permintaan pelanggan untuk setiap minuman yang dipesan.
Beliau berkata semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan memasukkan larangan tersebut dalam Syarat-syarat Permohonan Lesen Perniagaan semasa pengusaha makanan, minuman dan restoran mengemukakan permohonan baharu atau memperbaharui lesen perniagaan masing-masing.
"Objektif utama pelaksanaan dasar ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk di Selangor tentang kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya penyedut minuman plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar.
"Pelaksanaan dasar ini dijangka akan dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha mengitar atau mengguna semula serta menjaga kebersihan alam sekitar di Selangor," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Jelas beliau, pelaksanaan dasar tersebut selaras dengan kempen bebas plastik yang sedang dijalankan di Selangor malah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna (single-use plastics) seperti beg plastik, polisterina, penutup atau pelapis makanan plastik, bahan-bahan plastik pakai-buang dan sebagainya.
Tambah Hee, kerajaan negeri melalui PBT akan memantau pelaksanaan dasar berkenaan dan semua pengusaha premis makanan, minuman serta restoran digesa memberi kerjasama dan bantuan supaya objektif pengurangan penggunaan plastik di negeri ini tercapai.
Katanya, kerajaan negeri juga amat berbangga dan berterima kasih kerana banyak pengusaha premis makanan, minuman dan restoran telah melaksanakan inisiatif seumpama itu dalam mengurangkan penggunaan plastik termasuk tidak lagi memberi penyedut minuman plastik secara automatik kepada pelanggan mereka.
"Malah, terdapat juga premis makanan, minuman dan restoran menggunakan penyedut minuman kertas atau buluh sebagai ganti selain mengedar penyedut keluli tahan karat (stainless steel) secara percuma kepada orang awam dan sebagainya.
"Justeru itu, orang ramai juga digalakkan untuk membawa bekas makanan atau minuman serta penyedut minuman yang boleh diguna semula," katanya.
Hee berkata kerajaan negeri akan sentiasa meningkatkan usaha ke arah memastikan Selangor menjadi sebuah negeri yang lebih bersih, indah, hijau serta mesra alam.
Beliau juga menggalakkan orang ramai memberi cadangan serta pendapat mengenai pelaksanaan kempen dan dasar berkaitan penggunaan plastik kepada mana-mana jabatan serta agensi kerajaan selain menghubungi terus ke pejabat exco terus untuk tujuan tersebut.
"Setiap cadangan atau pedapat akan diberi perhatian dan dikaji agar kempen atau dasar kerajaan ini akan mencapai kejayaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2019

Orang ramai digalakkan membawa bekas makanan atau minuman serta penyedut minuman yang boleh diguna semula. - Gambar hiasan

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.

Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.

Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.

Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.

190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.

Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.

Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.

Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.