PUTRAJAYA: Penyediaan lokar di sekolah rendah secara berfasa mulai tahun ini akan dilaksanakan sebagai pendekatan menangani isu beg berat murid, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata ia melibatkan dua fasa, dengan fasa pertama murid tahap satu iaitu Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga yang beroperasi secara dua sesi dan akan membabitkan 10,662 kelas serta 323,186 murid dengan anggaran peruntukan RM37.3 juta.
Katanya bagi fasa kedua pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid tahap dua iaitu Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam yang beroperasi secara dua sesi dengan pelaksanaan dijangka pada 2023.
"Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.
"Selain itu, jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari akan dilaksanakan mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan," katanya.
Di samping itu, Radzi berkata Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan memberi kelonggaran kepada sekolah untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh sebilangan sekolah di bawah KPM.
Menurutnya bilangan buku latihan pula hendaklah tidak melebihi dua buku bagi setiap mata pelajaran pada satu-satu masa dan setiap buku latihan tidak melebihi 80 muka surat.
"Murid hanya dibenarkan menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM, manakala buku kerja boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) sahaja.
"Guru pula digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali atau pembelajaran terbeza," kata Radzi.
Sementara itu, menurutnya lagi penerbitan buku teks dalam format digital akan dibuat secara berterusan dan sehingga kini sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), yang boleh diakses oleh semua murid yang mempunyai peranti.
Dalam pada itu, Radzi berkata KPM juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari aspek penyelarasan uniform, agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
"KPM akan memantau pelaksanaan semua pendekatan yang ditetapkan itu bagi memastikan matlamat untuk mengurangkan isu beg berat murid tercapai. Pemantauan dibuat oleh sebuah pasukan petugas yang akan melaporkan secara berkala pelaksanaan inisiatif tersebut.
"Kerjasama erat dengan ibu bapa dan penjaga juga akan terus ditingkatkan khususnya dalam memastikan murid membawa buku mengikut jadual ditetapkan, di samping sesi libat urus dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sebagai satu pendekatan pemantauan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022

Penyediaan lokar di sekolah rendah secara berfasa mulai tahun ini akan dilaksanakan sebagai pendekatan menangani isu beg berat murid. - Gambar hiasan/BERNAMA

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.
Putin tegas rundingan damai perlu jamin keselamatan Rusia
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menegaskan bahawa sebarang perjanjian damai dengan Ukraine mesti menjamin keselamatan jangka panjang Rusia dan menolak sebarang penarikan semula dari wilayah yang telah dikuasai dalam konflik ini.

Tujuh strategi KPM diyakini mampu tangani isu beg sekolah berat - Dr Anuar
Keputusan pihak KPM hari ini menunjukkan suara rakyat khususnya ibu bapa telah diambil perhatian sewajarnya oleh pihak KPM.

Penyediaan lokar di sekolah rendah tangani isu beg berat - Radzi
Penyediaan lokar di sekolah rendah secara berfasa mulai tahun ini akan dilaksanakan sebagai pendekatan menangani isu beg berat murid, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

KPM digesa selesaikan isu beg sekolah berat
JKPPH mengambil berat isu tersebut kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada murid-murid dalam jangka masa panjang seperti yang dikeluarkan oleh pakar-pakar kesihatan.

Hanya 28 peratus daripada beg berat adalah buku, selebihnya... - Maszlee Malik
Hanya 28 peratus daripada beg berat pelajar sekolah rendah mengandungi buku teks dan buku aktiviti manakala 72 peratus lagi terdiri daripada alat tulis, buku kerja swasta, gajet dan lain-lain.

Beg murid sekolah memang berat, maka apa langkah seterusnya?
Laporan akhir Kajian Penilaian Beg Berat Murid Sekolah mengakui bahawa beg sekolah yang dibawa oleh murid ternyata berat.

Warga pendidik perlu berpada-pada dalam berpolitik - Mahdzir
Katanya sebagai warga kerja kerajaan, mereka terikat dengan peraturan tertentu dalam perkhidmatan awam terutamanya berhubung hal yang bertentangan dengan dasar kerajaan.