IPOH: Kerajaan Perak akan meminta agensi berkaitan untuk memantau platform media sosial, bagi memastikan tiada sebaran maklumat palsu dilakukan berikutan penyasaran subsidi diesel kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi.
"Walaupun ada kebebasan bersuara tetapi tidak boleh bawa unsur fitnah dan sebagainya. Fakta perlu dibahas dengan fakta. Tak boleh dibahas dengan imaginasi ataupun elemen yang personal dan berorientasikan pihak tertentu.
"Tindakan tegas akan diambil dalam membendung unsur atau gejala ini. Bukan nak menghukum, tapi untuk mendisplinkan masyarakat supaya menyalurkan maklumat yang betul," katanya selepas merasmikan Pertandingan Muaythai Peringkat Antarabangsa di Dewan Tokong Penganut-Penganut Huat Tian Keong di sini, malam tadi.
Sementara itu Mohd Azlan berkata pihaknya turut menyarankan orang ramai berhati-hati serta membuat pertimbangan sewajarnya, dalam memahami tindakan dilakukan kerajaan berhubung penyasaran tersebut.
"Apa yang dilakukan kerajaan ini sebenarnya untuk mencegah penyeludupan dan mengembalikan semula subsidi itu kepada perkara yang lebih mustahak terutama dalam aspek pembangunan, kesihatan dan pendidikan," katanya.
Azlan berkata individu yang berkelayakan namun gagal untuk mendapatkan bantuan subsidi diesel tersebut, boleh mengemukakan rayuan beserta bukti kepada agensi berkaitan.
Pada 9 Jun, kerajaan mengumumkan harga runcit bahan api diesel ditetapkan RM3.35 seliter bermula semalam (10 Jun) di Semenanjung manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024
Mohd Azlan (dua, kanan) menyerahkan tali pinggang kepada pemenang dari Malaysia, Ali Yaakob pada Majlis Perasmian Pertandingan Muaythai Peringkat Antarabangsa di Dewan Tokong Penganut-Penganut Huat Tian Keong Bercham malam tadi. --fotoBERNAMA
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Sidang Parlimen ke-15 bermula Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Permainan gelongsor air kaca di i-City tiada kelulusan MBSA
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga
Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.
Siasatan kes kemalangan dua beradik maut di Ipoh masih berjalan - Polis
Polis sudah memperoleh bukti menerusi rakaman kamera papan pemuka berhubung insiden dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan MPV di Jalan Pasir Puteh.
KPDN Johor puji tindakan pantas halang penyelewengan RON95
KPDN memuji tindakan pantas seorang pekerja sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru kerana menghalang pemilik kenderaan berpendaftaran asing daripada mengisi petrol RON95.
Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.