KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasionalisasi penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.


Ringkasan AI
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan keberkesanan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan, meragui samada rakyat biasa benar-benar terlindung daripada kenaikan harga barang.
  • Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap kesan penarikan subsidi diesel terhadap kenaikan harga perkhidmatan, harga konkrit, serta harga rumah, yang kemungkinan akan memberi kesan kepada golongan masyarakat yang kurang berkemampuan.
  • Bekas Perdana Menteri menyoroti bahawa walaupun subsidi diesel bersasar diberikan kepada kenderaan komersial, penarikan subsidi ini turut memberi kesan kepada harga barang dan perkhidmatan harian yang dijangka akan memberi beban kepada semua golongan masyarakat.


Soalnya, subsidi diesel bersasar diberikan kepada kenderaan komersial tertentu untuk membendung kenaikan harga barang, namun adakah ia dapat memastikan rakyat biasa tidak terjejas?

"Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) kata akan terjejas dengan penyasaran subsidi diesel hanyalah golongan maha kaya dan warga asing.  Ini kerana subsidi diesel bersasar diberikan kepada kenderaan komersial tertentu untuk membendung kenaikan harga barang. Maka kononnya rakyat biasa tidak akan terjejas.

"Tak sampai beberapa hari subsidi diesel ditarik balik kita lihat syarikat penunda kenderaan menaikkan harga perkhidmatan mereka. Adakah golongan maha kaya saja yang kenderaan mereka rosak di tengah jalan? Kereta orang miskin tak rosak?

"Pengeluar konkrit juga menaikkan harga konkrit. Sudah pasti harga rumah akan meningkat selepas ini. Adakah golongan maha kaya saja yang beli rumah? Orang lain tak beli rumah? Saya tengok harga sayur-sayuran seperti timun, cili, sawi juga naik.

"Adakah golongan maha kaya saja makan sayur. Orang miskin tak makan sayur? Cakap dia kita tak boleh percaya," dakwanya di media sosial pada Jumaat.


Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan bermula pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

Beliau berkata, penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.