Kementerian Pelancongan melantik penyanyi veteran Taiwan, Johnny Chiang Yu Heng sebagai duta pelancongan, bagi mempromosikan Malaysia di pasaran China, Hongkong, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pelantikan Johnny juga dibuat kerana popularitinya serta lagu berjudul 'Rasa Sayang My Home’ nyanyian penyanyi itu yang sangat dikenali di China, sekaligus berjaya menaikkan nama Malaysia di sana.
Penyanyi yang sudah menghasilkan 24 album sepanjang 30 tahun bergelar anak seni itu, dijangka akan membawa lebih 3,000 ahli kelab peminatnya ke Malaysia pada tahun ini dan tahun hadapan.
Selain itu, pelantikan juga dibuat ke atas ahli silap mata Malaysia, Kabir Khan dalam membawa jenama Malaysia di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Manakala bintang filem tamil kelahiran Malaysia Shantini Theva juga diangkat sebagai duta pelancongan kerana kejayaannya menembusi industri filem Kollywood.
Duta pelancongan Malaysia merupakan satu program yang bertujuan untuk memacu industri pelancongan mencapai sasaran 36 juta pelancong pada tahun 2020.
Setakat ini seramai 18 tokoh dan personaliti telah dilantik menjadi duta pelancongan antaranya penyanyi Yuna, Shila Amzah dan pereka kasut terkenal Profesor Datuk Dr. Jimmy Choo.
Azyyati Ahmad
Thu Oct 13 2016
Johnny Chiang Yu Heng sudah menghasilkan 24 album sepanjang 30 tahun bergelar anak seni. - Facebook
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Penyanyi veteran Taiwan Johnny Chiang dilantik duta pelancongan Malaysia
Kementerian Pelancongan melantik penyanyi veteran Taiwan, Johnny Chiang Yu Heng sebagai duta pelancongan.