AMPANG: Polis menahan seorang penyanyi sambilan di Ukay Perdana di sini pada Jumaat untuk siasatan dakwaan kes pukul anak angkatnya berusia 16 tahun.
Difahamkan, perbuatan suspek terbongkar selepas remaja perempuan itu bertemu guru kaunselingnya sebelum mengalami muntah dan sukar bernafas.
Mangsa kemudian menceritakan kejadian yang dirinya dipukul ibu angkatnya selain diugut bunuh ketika berada di rumah mereka.
Bimbang keselamatan mangsa, guru terbabit telah membuat satu laporan polis selain pelajar terbabit dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.
Kejadian dikatakan berpunca apabila mangsa ingin pergi solat tarawih, namun tidak dipercayai ibu angkatnya yang mengesyaki anaknya itu ingin keluar bertemu rakan lelaki.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak yang dihubungi mengesahkan penahanan wanita berusia 46 tahun itu.
“Ujian saringan air kencing mendapati wanita itu negatif dadah.
“Wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017,” katanya pada Sabtu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 01 2023

Difahamkan perbuatan suspek terbongkar selepas remaja perempuan itu bertemu guru kaunselingnya sebelum mengalami muntah dan sukar bernafas. -Gambar hiasan

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Penyanyi sambilan ditahan kes pukul anak angkat
Perbuatan suspek terbongkar selepas remaja perempuan itu bertemu guru kaunselingnya sebelum mengalami muntah dan sukar bernafas.

Dakwaan pukul anak angkat, usahawan kosmetik ditahan
Polis telah mengambil keterangan usahawan kosmetik berkenaan berhubung kes itu pada Rabu lepas.