Dua lelaki yang disyaki menyamun sebuah kedai pengurup wang di sini pada Isnin lepas, meninggalkan sebuah dompet yang mengandungi wang kertas palsu di premis tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata dompet tersebut mengandungi 11 keping wang kertas RM100 palsu dengan nombor siri BX4937733.
"Wang palsu itu ditemukan juruwang kedai tersebut selepas kejadian samun yang didakwa berlaku pada 11.30 malam, 20 Ogos lepas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Beliau berkata dua lelaki membuat laporan polis kerana diugut peminjam wang tanpa lesen atau Ah Long ekoran kegagalan menjelaskan bunga pinjaman.
Mohd Wazir berkata mangsa berusia 48 tahun dan bekerja sebagai juruteknik mendakwa telah membayar RM2,700 daripada RM3,000 yang dipinjamnya, namun dimaklumkan jumlah pinjamannya telah meningkat.
"Mangsa diarahkan membayar bunga pinjaman sebanyak RM6,000 dan suspek dikenali sebagai Kenny telah mengunci pintu rumahnya pada Khamis lepas kerana tidak berbuat demikian," katanya.
Seorang lagi mangsa, katanya iaitu tukang masak berusia 22 tahun yang mengakui membuat pinjaman sebanyak RM3,000 daripada Ah Long pada 8 Ogos, telah membuat laporan polis selepas rumahnya disimbah cat disyaki dilakukan Ah Long terbabit pada Khamis lepas.
"Mangsa mendakwa menerima wang tunai RM2,300 daripada suspek yang dikenali sebagai Weng dan telah membuat bayaran balik sebanyak RM600 pada Rabu, bagaimanapun mangsa diugut untuk membuat bayaran penuh, namun gagal.
Mohd Wazir berkata kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 25 2018
![Penyamun tinggal dompet berisi wang palsu Penyamun tinggal dompet berisi wang palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517541455_KetuaJabatanSiasatan.jpg)
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf (gambar) berkata dompet tersebut mengandungi 11 keping wang kertas RM100 palsu dengan nombor siri BX4937733. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan 90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51646029087_suasanadiKabulAf.jpg)
90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan
Kira-kira 90,000 kamera CCTV telah dipasang di kawasan sensitif, tempat sesak, dataran dan persimpangan jalan di Kabul.
![Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718295185_TBANWARUCAP.jpg)
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
![Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717246629_ChaowalitThongduang.jpg)
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Chaowalit mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram.
![Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716291856_mahkamah.jpg)
Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
![Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713444999_teksi.jpg)
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
![Anggota polis maut dipercayai dipukul Anggota polis maut dipercayai dipukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702454555_HusseinOmarKhan.jpg)
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
![Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710470405_TBCPMKUMARSMUT.jpg)
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
![Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709724867_SocialMedia.jpg)
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
![Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709518440_lelakiKelantan.jpg)
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
![Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703262443_AnfaalSaari.jpg)
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.