Penularan penyakit mumps atau beguk di Terengganu terus mencatat peningkatan membimbangkan iaitu 182 kes setakat semalam berbanding hanya 114 kes pada awal bulan ini.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Jusoh berkata peningkatan 68 kes dalam tempoh dua minggu membabitkan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu.
"Setiap hari, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu akan datang membuat pemeriksaan di sekolah itu untuk mencegah penularan wabak.
"Langkah terbaik ketika ini ialah mengasingkan pelajar yang dijangkiti penyakit itu di dorm yang berlainan agar tidak berlaku jangkitan kepada pelajar lain," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sehingga kini, seramai 85 pelajar sekolah tersebut telah dijangkiti penyakit beguk yang mana sebahagiannya sudah pulih.
Menurut Dr Mohd, pihaknya masih membenarkan pelajar yang dijangkiti untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah mengikut cuti sakit yang diberi oleh doktor berikutan sekolah tidak mempunyai fasiliti yang cukup untuk mengasingkan semua pelajar yang dijangkiti.
"Bagaimanapun kita hanya membenarkan pelajar ini pulang bersama penjaga dan tidak membenarkan pelajar ini pulang dengan pengangkutan awam bagi mengelakkan jangkitan dalam kalangan orang awam," katanya.
Dr Mohd turut menegaskan pelajar yang menjalani kuarantin di rumah perlu dipantau rapi oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing supaya tidak keluar ke tempat awam seperti bazar Ramadan atau pusat membeli-belah dalam tempoh kuarantin yang telah ditetapkan oleh doktor.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussein berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan untuk memastikan wabak itu segera berakhir.
Selain melakukan aktiviti gotong-royong bagi memastikan kebersihan di sekitar sekolah, guru dan murid juga dinasihat memakai penutup mulut dan hidung, menjalani saringan kesihatan setiap hari serta mengamalkan etika batuk yang disarankan oleh pihak kesihatan.
Pihak sekolah juga disaran untuk mengelakkan daripada melakukan aktiviti berkumpulan di tempat tertutup sekiranya terdapat kes wabak penyakit berjangkit di sekolah bagi mengelakkan penularan kes, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2019

Peningkatan 68 kes dalam tempoh dua minggu membabitkan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu. - Gambar hiasan
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Pesakit beguk disaran elak aktiviti ziarah pada Aidilfitri
Dr Mohd berkata jumlah itu adalah peningkatan hampir 100 peratus kes beguk dalam tempoh hanya tiga minggu.

Penyakit beguk di Terengganu meningkat kepada 182 kes
Peningkatan 68 kes dalam tempoh dua minggu membabitkan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu.

Penyakit beguk di Terengganu semakin membimbangkan
Penularan penyakit mumps atau beguk di Terengganu semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan ketara berbanding tahun lepas.

Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit
Beberapa penyakit seperti difteria, demam campak, beguk atau mums, dan rubela boleh dielakkan melalui pemberian vaksin.

Tutup sekolah elak wabak beguk berterusan - KKM
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan kawalan dan pencegahan termasuk pengasingan pelajar sejak kejadian kluster beguk itu dilaporkan pada 14 Ogos 2018.

Apa itu beguk? Kenali punca, simptom dan cara merawat
Pernahkah tiba-tiba pipi anak anda bengkak dan mengadu sakit? Sakitnya sampai susah untuk meneguk air dan makan.

Wabak beguk: Dua sekolah di Selangor ditutup sementara
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu.

Tiada penularan wabak beguk di Perak - Lee
Penularan wabak beguk dapat ditangani dan kebiasaanya pesakit beguk akan pulih dalam tempoh kurang dua minggu.

Madrasah di Besut tutup empat hari akibat penularan virus beguk
Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di sini ditutup empat hari mulai esok hingga Khamis berikutan penyebaran virus Beguk.