Penutupan operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) tidak terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) seperti yang sering dibangkitkan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Justeru beliau berkata semua Ahli Parlimen kerajaan perlu menghormati keputusan kerajaan untuk meneruskan projek terbabit serta mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk di kawasan terlibat.
"Tidak pernah ada dalam manifesto PH untuk tutup Lynas pada Pilihan Raya Umum ke-14. Semua orang boleh tengok dan semak kalau ada.
"Saya minta rakan-rakan dalam PH janganlah bangkitkan perkara ini sehingga timbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk kerana pakar sudah sahkan kilang ni selamat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Usahawan Terengganu di sini, pada Ahad.
Seramai 200 usahawan dari seluruh negeri menyertai program tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT).
Dalam perkembangan lain, Mohd Redzuan berkata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) perlu mengkaji semula undang-undang yang memerlukan operator dron mendapatkan kelulusan untuk penerbangan walaupun untuk tujuan percubaan.
Menurut beliau CAAM sepatutnya memberi kelonggaran dalam sesetengah keadaan bagi menggalakkan perkembangan industri aeroangkasa sekali gus menggalakkan lebih ramai usahawan menceburkan diri dalam bidang berkaitan.
Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya diwujudkan persekitaran atau undang-undang yang menyokong perkembangan industri aeroangkasa kerana Malaysia sudah agak jauh ketinggalan.Dalam pada itu, Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan daripada jawatan menteri kabinet yang disandangnya pada masa ini.
Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohd mempunyai kuasa penuh untuk melantik atau menggugurkan mana-mana menteri berdasarkan penilaian ke atas prestasi masing-masing.
"Saya cuma menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk berkhidmat kepada rakyat sejak 2 Julai tahun lalu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 24 2019
Saya minta rakan-rakan dalam PH janganlah bangkitkan perkara ini sehingga timbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk. - Gambar fail
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Penutupan projek Lynas bukan manifesto Pakatan Harapan
Semua Ahli Parlimen kerajaan perlu menghormati keputusan kerajaan untuk meneruskan projek terbabit serta mengelak daripada mengeluarkan kenyataan sembarangan.
Lynas: Penduduk buat laporan terhadap Wong Tack, Pengerusi SMSL
Wong Tack dan Bun Teet tidak pernah dilantik sebagai wakil atau jurucakap bagi pihak penduduk untuk menentang operasi Lynas di Gebang.