Polis Sarawak akan menutup tujuh jalan menuju ke Padang Merdeka sempena 'Op Aman 8 Bersih 4' setelah himpunan Bersih 4 dibenarkan diadakan di Padang Song Kheng Hai.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata tujuan penutupan tersebut adalah bagi menjaga ketenteraman awam di bandaraya tersebut.
Penutupan jalan akan bermula pada jam 8 pagi Jumaat, 28 Ogos dan berakhir jam 12.01 tengah malam Ahad, 30 Ogos 2015.
Jalan-jalan yang terlibat ialah:
1. Jalan RTM/Jalan Satok traffic light
2. Jalan Reservior
3. Jalan Mcdougall
4. Jalan Wayang
5. Jalan Main Baazar
6. Jalan Market/Jalan Power
7. Jalan Masjid
"Orang ramai dikehendaki untuk menggunakan jalan alternatif ke kawasan sekitar Padang Merdeka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, katanya orang ramai juga dinasihatkan mengikut tanda-tanda isyarat lalu lintas oleh pegawai polis bertugas dan dilarang meletakkan kenderaan di bahu jalan yang akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
Astro Awani
Fri Aug 28 2015
ROSLAN: Tujuan penutupan tersebut adalah bagi menjaga ketenteraman awam di bandaraya tersebut.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Penutupan jalan di Kuching sempena himpunan Bersih 4.0
Polis Sarawak akan menutup tujuh jalan menuju ke Padang Merdeka sempena 'Op Aman 8 Bersih 4' setelah himpunan Bersih 4.0 dibenarkan diadakan di Padang Song Kheng Hai.