SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang warga emas, Ahad lalu.
Muhammad Zulkifli Che Su, 24, yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat automatif membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Zainol Din Hussein, 61, di Jalan Padang Jawa di sini, pada jam 12 tengah hari, 22 Mei lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta memenuhi syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa.
Bagaimanapun peguam, Abi Mursyidin Awal yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya dikenakan ikat jamin pada kadar rendah.
"Dia hanya bekerja sebagai mekanik dan perlu menanggung ibu bapanya di kampung.
"Mangsa yang terlibat dalam kes ini, merupakan seorang yang berpengaruh di kawasan kejiranan, maka mustahil untuk kembali ke tempat itu serta bukan sesuatu yang mudah untuk mendekati mangsa," katanya.
Ekoran penularan video kes itu, Abi Mursyidin berkata, anak guamnya dibelasah oleh sekumpulan lelaki.
Ahad lalu, tular video di laman sosial, memaparkan seorang lelaki warga emas dipukul seorang penunggang motosikal dipercayai berlaku di Padang Jawa, di sini.
Tindakan penunggang motosikal tersebut kemudiannya berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
Aksinya menerima kecaman daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan tindakan itu keterlaluan.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Muhammad Syafiq membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 26 2022
Muhammad Zulkifli Che Su, 24, yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat automatif membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman. - Foto Sinar Harian
Dialog Anak Muda: Sediakan modal insan kalis masa depan, bukan perkenal subjek baharu – Ketua Putera MIC
Ketua Putera MIC Kebangsaan dan mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Dr. Shatesh Kumar Sangar berkata pembangunan modal insan yang bersedia untuk berdepan dengan cabaran masa depan adalah lebih mustahak daripada memperkenalkan subjek baharu dalam sistem pendidikan. Jelasnya, belia perlu mempunyai kelebihan beradaptasi dengan pantas mengikut trend industri semasa. #DialogAnakMuda
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Januari 2025
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.
Trump 'berlembut' isu tarif China, ringgit cecah paras tertinggi bagi hampir tiga bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir tiga bulan pada akhir urus niaga Jumaat.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Dialog Anak Muda: Kalau tak ikut ‘trend’, Hilang kerja
Kepakaran Ai, keselamatan siber dan literasi teknologi antara kemahiran yang dijangka berkembang menjelang 2030.
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Samsung lancar siri Galaxy S25, tetapkan piawaian baharu teknologi AI
Siri S25 terbaharu ini memperkenalkan teknologi True AI Companion, menawarkan pengalaman mudah alih paling intuitif dan peka terhadap keperluan pengguna.
AWANI Sabah+: Sabah peneraju CCUS
Sabah antara empat negeri yang dikenalpasti berpotensi menjadi peneraju dalam industri pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) yang bakal memberi manfaat ekonomi buat negeri itu.
Tirai dilabuh, kini terpulang kepada pemimpin dunia
Najib Arof membawakan perkembangan semasa pada hari terakhir Forum Ekonomi Dunia 2025 di Davos, Switzerland dengan pelbagai isu dunia telah dibincangkan, kini terpulang kepada pemimpin dunia untuk laksana dasar.
Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
Penunggang motosikal tidak mengaku cedera warga emas
Seorang penunggang motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang warga emas, Ahad lalu.