Akibat tidak nampak pokok getah tumbang di atas jalan, seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng cedera di Jalan Muda Kuari, Tunjang, dekat Alor Setar, malam Khamis.
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Min Than Tun, 48, maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 35 tahun cedera ringan.
Kedua-dua mereka dipercayai tidak menyedari terdapat pokok tumbang di atas jalan disebabkan hujan lebat dan angin kuat ketika kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.56 malam.
"Sebaik tiba, kita dapati seorang mangsa terbaring di atas jalan manakala rakannya duduk di sebelah motosikal.
"Mangsa yang terbaring disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat," katanya di sini pada Jumaat.
Katanya, pasukannya turut membersihkan laluan itu termasuk mengalihkan batang dan dahan pokok tumbang itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Adie Sufian Zulkefli
Fri May 29 2020
![Penunggang motosikal maut langgar pokok tumbang atas jalan Penunggang motosikal maut langgar pokok tumbang atas jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590721914_Lelakimaut.jpg)
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Penunggang motosikal maut langgar pokok tumbang atas jalan Penunggang motosikal maut langgar pokok tumbang atas jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590721914_Lelakimaut.jpg)
Penunggang motosikal maut langgar pokok tumbang atas jalan
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.
![Ajal menjelang Ramadan, bayi antara lima maut Ajal menjelang Ramadan, bayi antara lima maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61556936812_TBEksiden.jpg)
Ajal menjelang Ramadan, bayi antara lima maut
Lima maut termasuk seorang bayi perempuan selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan.
![CPR tanpa bantuan pernafasan mulut ke mulut? CPR tanpa bantuan pernafasan mulut ke mulut?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61503332554_CPR.jpg)
CPR tanpa bantuan pernafasan mulut ke mulut?
Otak hanya mempunyai masa lebih kurang empat minit selepas jantung berhenti mengepam, sebelum sel-sel otak mula mati dan tidak berfungsi.
![Kematian Adam Rayqal satu kekejaman luar biasa, di luar norma kemanusiaan Kematian Adam Rayqal satu kekejaman luar biasa, di luar norma kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61530740758_AdamRayqal.jpg)
Kematian Adam Rayqal satu kekejaman luar biasa, di luar norma kemanusiaan
Ibu bapa dinasihatkan supaya terlebih dahulu menyelidik latar belakang pengasuh dan persekitaran di pusat asuhan kanak-kanak.