KLANG: Seorang kerani maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang sebelum terjatuh dan digilis lori treler di lampu isyarat Batu 5, Jalan Meru, di sini pada Sabtu.
Kejadian itu difahamkan, mangsa Syed Asnan Sayed Mokhtar, 37, dalam perjalanan dari Shah Alam ke tempat kerjanya di Pelabuhan Utara, Klang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya dimaklumkan kes terbabit kira-kira jam 9 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda RS 150R telah terlanggar lubang sebelum tercampak dan digilis treler yang membawa muatan tiang batu dari arah sama.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.
"Mayatnya telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tambahnya, sebarang maklumat mengenai kemalangan terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Zulkanain Johari di talian 019-5597107. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 18 2023

Rakaman memaparkan mangsa yang terjatuh selepas melanggar lubang di lampu isyarat Batu 5, Meru di Klang sebelum digilis treler dalam kejadian pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
![[KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan [KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724432303_TBNANTALINGGI.jpg)
[KOLUMNIS] 365 hari bersama MYJalan
Jangan pandang mudah lubang jalan yang mungkin hanya sebesar tapak tangan, kesannya boleh meragut nyawa.

Penunggang motosikal langgar lubang maut digilis treler
Seorang kerani maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang sebelum terjatuh dan digilis lori treler di lampu isyarat Batu 5, Jalan Meru, di sini pada Sabtu.

Langgar lubang jalan dan hilang kawalan, penghantar makanan maut
Mangsa berusia 31 tahun itu hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan selepas terlanggar lubang jalan.