KUALA LUMPUR: Kerajaan harus membelanjakan peruntukan pengurusan bencana dengan sebahagian besarnya ditumpukan kepada usaha pencegahan.

Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana, DPPC (UTM) Khamarrul Azahari Razak berkata, langkah itu dapat mengurangkan lebih banyak kerugian yang perlu ditanggung akibat kemusnahan daripada bencana yang melanda.

Beliau mengambil contoh Rwanda, sebuah negara Afrika yang dahulunya mundur dek pergolakan politik yang tragis namun kini melangkah maju dengan mengambil tindakan berasaskan data sains.

“Dapatan saya daripada lawatan ke Rwanda baru-baru ini adalah mereka membelanjakan 90 peratus daripada dana berkaitan dengan pengurangan risiko bencana (DRR) ini untuk kesiapsiagaan.

“Mereka tidak lagi mahu menunggu bencana itu berlaku sebaliknya mereka mencegahnya daripada berlaku,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

LAMAN KHAS BANJIR

Setiap tahun, negara kita kerugian sekitar RM36 bilion akibat kemusnahan dan pembangunan semula kawasan yang terjejas akibat bencana alam - yang saban tahun berlaku dan boleh dijangka, yakni banjir.

Tegasnya, itu adalah satu langkah drastik yang perlu dibuat Malaysia dan pada masa sama beliau percaya kerajaan baharu ini komited untuk menyelesaikan masalah banjir di negara ini.

Perbelanjaan untuk usaha pencegahan bencana harus dipertingkatkan - DPPC