Penularan kes zika di luar negara seperti Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Mexico tidak menghalang sebilangan rakyat negara ini dari mahu melancong keluar negara.
Mereka berpendapat kes pembawaan nyamuk ini tidak akan terkena kepada mereka apatah lagi mereka telah membuat persediaan bagi menghadapinya.
Tinjauan Bernama pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia 2016 (Matta Fair 2016) yang berakhir semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mendapati ramai yang masih berminat untuk mendapatkan pakej pelancongan murah yang ditawarkan.
Seorang pengunjung Nurul Awanis Abdul Wahid, 46, berkata walaupun mungkin ramai yang takut untuk melancong, namun ia tidak menghalang beliau dan keluarganya untuk merancang percutian ke luar negara.
"Kalau kami mengambil keputusan untuk melancong, kami akan merujuk dahulu kepada pihak Kementerian Kesihatan mengenai langkah yang perlu kami ikuti," katanya.
Eizza Athirah Shamsol Akmal, 17, pula berkata rancangannya untuk melancong ke Hong Kong bersama keluarganya pada hujung tahun ini akan tetap diteruskan seperti yang dirancang.
"Kami datang ke Matta Fair untuk membuat tinjauan harga dan pakej terbaik yang ditawarkan. Pada saya isu Zika bukan berupa masalah selagi kita mengambil langkah pencegahan ke atasnya," katanya.
Sarah Liyana Abu Hassan, 26, berpendapat orang ramai awam tidak perlu panik, sebaliknya perlu mengambil tahu lebih lanjut tentang virus itu sebelum membuat keputusan melancong.
"Kalau boleh elakkan daripada melancong ke negara yang sudah ada penyebaran luas Zika. Saya secara peribadi tidak begitu risau tentang zika seperti berlaku wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) sebelum ini," katanya yang baru pulang dari Singapura.
Disahkan dua kes zika dilapor berlaku dalam negara setakat semalam yang satu daripadanya membawa kepada kematian yang berpunca daripada jangkitan tempatan.
Sementara kes pertama berlaku apabila penghidapnya didapati positif virus berkenaan selepas pulang daripada Singapura.
Bernama
Mon Sep 05 2016
Penularan kes zika di luar negara seperti Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Mexico tidak menghalang sebilangan rakyat negara ini dari mahu melancong keluar negara.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Filipina lapor kes Zika pertama babitkan wanita hamil
Setiausaha Jabatan Kesihatan, Paulyn Ubial berkata, 12 kes Zika telah dikesan di seluruh Filipina bulan ini.
Singapura cadang tubuhkan program pengawasan buat bayi dijangkiti Zika
Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, sejumlah 16 wanita hamil disahkan dijangkiti virus Zika di republik itu, hampir sebulan sejak kes jangkitan tempatan Zika yang pertama.
Zika: Thailand akhirnya dedah maklumat, kira-kira 200 kes disahkan
Pegawai-pegawai kesihatan negara itu pada awalnya khuatir industri pelancongan boleh terjejas jika maklumat tentang kes Zika didedahkan kepada umum.
Zika di Malaysia: Dua lagi kes, libatkan adik-beradik di Miri dan KL
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, berkata, dua kes baru itu dikesan masing-masing pada 11 dan 13 September lalu.
Zika: Sepasang suami isteri di Singapura sudi tumpangkan wanita hamil
Leonia Francesca dan suaminya tinggal di kawasan Pasir Ris dan sudi untuk menumpangkan wanita yang sedang hamil di pangsapuri mereka.
Ketua kampung diminta main peranan cegah Zika
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata virus Zika amat berbahaya dan pencegahan awal diperlukan bagi membendungnya.
Bentuk pasukan pemantau virus Zika di setiap sekolah - Mahdzir
Pasukan pemantau itu perlu dibentuk sebagai langkah proaktif memantau kesihatan guru dan pelajar selain menjaga kebersihan sekolah bagi mencegah virus Zika.
Virus Zika ditemui di Malaysia pada 1969 - Pengkaji
Pengarah Pusat Kerjasama WHO bagi Rujukan Abovirus, Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, virus Zika telah diasingkan daripada nyamuk pada 1969, di Bentong, Pahang.
Zika: PM Najib saran semua pihak ambil langkah berjaga-jaga
Perdana Menteri mengingatkan sesiapa yang mengalami simptom berkaitan Zika agar segera ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk rawatan.
Kes Zika di Singapura meningkat ke 151, wanita hamil kedua dijangkiti
Pemerintah Singapura pada Khamis telah mengenal pasti 31 lagi kes jangkitan Zika tempatan, termasuk yang melibatkan wanita hamil kedua.