Sepasang suami isteri bertindak membuka pintu rumah mereka kepada mana-mana wanita hamil yang kini menetap di kawasan risiko Zika di Singapura.

Menerusi satu catatan yang dimuat naik di Facebook, Leonia Francesca dan suaminya Justin berkata mereka tinggal di kawasan Pasir Ris dan sudi untuk menumpangkan wanita yang sedang hamil di pangsapuri mereka.

“Kalau anda tahu wanita yang sedang hamil yang kini tinggal di kawasan risiko Zika dan memerlukan untuk tinggal di kawasan yang tinggi, berhampiran dengan kedai dan pasar raya, beritahu kami.\

"Dia boleh menggunakan dapur dan bilik saya yang mempunyai pendingin hawa,” kata Francesca dalam catatannya.


Catatan itu menerima pelbagai reaksi positif dari netizen Singapura yang antaranya memuji tindakan pasangan itu.

“Anda begitu murah hati,” kongsi Marian Elizabeth Tang.

Kata Sarah Salim Choudhury: “Tindakan yang bagus!”.

Memetik laporan CNN.com, Singapura telah mencatat 242 kes jangkitan Zika setakat ini.

Singapura adalah satu-satunya negara Asia yang merekodkan jangkitan aktif daripada virus bawaan nyamuk itu, yang sangat membawa risiko kepada wanita hamil.