SHAH ALAM:Selangor akan menjalankan saringan terhadap semua petugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dalam masa terdekat, susulan peningkatan kes positif COVID-19 di kemudahan kesihatan itu sejak kebelakangan ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya dan Jabatan Kesihatan Negeri sedang meneliti mekanisme terbaik untuk tujuan itu, antaranya melaksanakan ujian saringan bersasar bagi mengurangkan risiko penularan pandemik tersebut di hospital berkenaan.
"Saya sedang berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berhubung kaedah ujian saringan yang akan dilaksanakan kepada petugas HTAR.
"Kita akan buat saringan bagi semua pekerja (di HTAR) kerana mereka berdepan risiko (penularan COVID-19) yang besar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2020 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Setakat semalam, terdapat 143 kes positif melibatkan 62 kakitangan kesihatan dan 81 pesakit di HTAR Klang, manakala di Hospital Serdang merekodkan 65 kes melibatkan 37 kakitangan dan 28 pesakit.
BACA: JKNS nasihat orang awam agar tidak hadir ke HTAR Klang kecuali urusan penting
BACA: Jumlah kes positif COVID-19 di Hospital Serdang, HTAR Klang meningkat
Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata sebarang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang peningkatan kes COVID-19 di Selangor, akan diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya sesuatu kawasan mencatat jumlah kes positif COVID-19, yang tinggi seperti yang berlaku di daerah Klang.
Jelasnya, walaupun daerah Klang mencatatkan kes positif COVID-19 setiap hari, namun peningkatan tersebut adalah susulan keputusan kerajaan, mewajibkan saringan pekerja kilang khususnya warga asing dalam kawasan zon merah.
"Walaupun kes meningkat, tetapi ia masih dalam kawalan kerana kita mewajibkan pekerja kilang (warga asing) buat saringan dan dibayar oleh pengusaha kilang. Ini pengajaran yang paling penting selepas insiden kluster Teratai," katanya.
Menurut Amirudin, beliau juga akan menghadiri mesyuarat bersama MKN minggu ini dan akan mengusulkan beberapa strategi baharu, bagi mengawal penularan COVID-19 di Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020
![Penularan COVID-19 di hospital: Selangor saring semua petugas di HTAR Klang Penularan COVID-19 di hospital: Selangor saring semua petugas di HTAR Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608540796_HospitalKlang.jpg)
Jabatan Kesihatan Negeri sedang meneliti mekanisme terbaik untuk tujuan itu termasuk melakukan saringan bersasar. -Gambar fail
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital Klang turun 54 peratus Kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital Klang turun 54 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681455031_HospitalKlang.jpg)
Kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital Klang turun 54 peratus
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata projek itu adalah satu daripada inisiatif Bitara MADANI yang dipacu oleh pasukan STAR bagi menyelesaikan segera masalah dan kesulitan yang dihadapi rakyat.
![Beberapa kakitangan, pesakit hospital Klang dijangkiti COVID-19 Beberapa kakitangan, pesakit hospital Klang dijangkiti COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608208808_HospitalKlang.jpg)
Beberapa kakitangan, pesakit hospital Klang dijangkiti COVID-19
Beberapa kakitangan dan pesakit Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini mencetuskan kebimbangan kewujudan 'kluster baharu' di hospital itu.
![Dakwaan lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang palsu - KKM Dakwaan lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang palsu - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51581583033_TBcoronavirus.jpg)
Dakwaan lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang palsu - KKM
Video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.
![Kenderaan bawa 29 kadet PALAPES, tiga pegawai TUDM kemalangan Kenderaan bawa 29 kadet PALAPES, tiga pegawai TUDM kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71580221425_TUDM.jpg)
Kenderaan bawa 29 kadet PALAPES, tiga pegawai TUDM kemalangan
Markas Tentera Udara mengesahkan 29 pegawai kadet PALAPES Udara dan tiga orang jurulatih telah terlibat dalam satu insiden kemalangan di Bukit Jugra, Selangor.