Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang, Selangor, berikutan satu video yang tular di media sosial pada Jumaat.

KKM melalui laman Facebook rasminya memaklumkan video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.

"Tular video dengan dakwaan ada lima kes positif di Hospital Klang adalah tidak benar. Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini," menurut catatan itu.

Pada Jumaat, tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang.

-- BERNAMA