KUANTAN: Kerancakan memartabatkan Islam melalui penubuhan apa jua institusi pendidikan Islam perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama, demikian titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda bertitah setiap institusi harus bergerak di atas landasan ilmu yang benar agar memudahkan pihak berwajib untuk memberikan bantuan dan menyalurkan apa jua kemudahan.
"Kini pelbagai usaha dijalankan oleh banyak pihak bagi memartabatkan Islam dan menzahirkan kecintaan mereka terhadap agama Islam ini. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Pahang juga tidak ketinggalan terutama dalam bidang pendidikan.
"Dalam mendukung usaha memartabatkan Islam sebagai Agama Persekutuan melalui al-Quran, betapa subur dan mekarnya penubuhan institusi pendidikan Islam berteraskan al-Quran di bumi Pahang yang tercinta ini," titah baginda.
Tengku Hassanal bertitah demikian sempena Majlis Perasmian Penutupan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam tadi.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Tengku Hassanal turut bertitah manfaat pembacaan al-Quran tidak dapat disangkal sama sekali malah kebaikannya merangkumi umat manusia sejagat.
Baginda bertitah setiap inti pati al-Quran perlu dihayati dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang baik.
"Al-Quran bukan sekadar untuk dipertandingkan bacaannya atau untuk majlis tilawah semata-mata. Sebaliknya, sebagai umat Islam, kita bertanggungjawab untuk sama-sama menghayati isi kandungan dan pengajarannya.
"Menghayati al-Quran sebagai panduan lengkap kepada manusia dalam pelbagai aspek kehidupan seperti hubungan keluarga, hubungan masyarakat, penjagaan alam sekitar, sains, politik, agama, undang-undang, pentadbiran, ekonomi, pengurusan harta dan perubatan," titah baginda.
Tengku Hassanal juga menyeru setiap umat Islam menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan utama setiap isi rumah.
"Setiap isi rumah bukan sahaja perlu ada kitab suci al-Quran tetapi juga naskhah tafsir al-Quran," titah baginda.
Majlis tilawah dan hafazan kali ini menyaksikan qari Negeri Sembilan Mohamad Husaini Mahmur dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi manakala Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu diumum sebagai johan menunggu bagi kategori qariah.
MTHQK tahun ini menyaksikan Pahang menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas edisi pertama pada 2011 dan kedua pada 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah pada Majlis Perasmian dan Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M. - Foto BERNAMA

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

JAKIM salur RM119 juta untuk selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
Peruntukan khas RM120 juta dengan siling RM150 juta itu diperuntuk secara "one-off" oleh Kementerian Kewangan untuk JAKIM tahun ini.

Penubuhan institusi pendidikan Islam perlu mengikut prosedur - Tengku Mahkota Pahang
Kerancakan memartabatkan Islam melalui penubuhan apa jua institusi pendidikan Islam perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama.

Pembangunan institusi pendidikan Islam bantu lahirkan manusiawi berakhlak tinggi
Inisiatif kerajaan salur peruntukan bagi pembangunan dua institusi Pendidikan Islam jadi batu loncatan dalam melahirkan manusiawi berakhlak tinggi.

969 institusi pendidikan Islam di Johor ditutup mulai hari ini
Penutupan melibatkan 195 buah Tadika Agama Johor, 571 buah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan 109 madrasah tahfiz.