Kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sejak empat tahun lepas kini semakin relevan dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara, kata bekas Komandernya Datuk Abd Rashid Harun.
Beliau berkata kesiapsiagaan ESSCom menghadapi pelbagai cabaran diterjemahkan pasukan keselamatan menerusi kejayaan menangkis insiden penculikan dan pencerobohan di sekitar kawasan operasi.
"ESSCom kini semakin rapat dan teratur dalam pergerakan secara koordinasi tiga pasukan - Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di kawasan perairan Sabah.
"Dahulunya agensi keselamatan dan pertahanan bergerak secara silo, kecil, tidak tersusun tapi kini seperti adik-beradik dan mampu patahkan pelbagai insiden di bawah satu bumbung (ESSCom)," katanya kepada Bernama dalam temu bual khas bersempena ulang tahun ke-4 penubuhan ESSCom esok.
Bekas Pesuruhjaya Polis Sabah itu juga menegaskan isu keselamatan perlu ditangani secara holistik selain tidak harus dibebankan kepada pasukan keselamatan sahaja.
"Jabatan Imigresen; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Pendidikan; Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia perlu sama-sama berganding bahu dan memainkan peranan.
"Tidak adil meletakkan masalah keselamatan di bawah agensi keselamatan dan pertahanan sahaja. Kerjasama perlu diteruskan demi kedaulatan negara. Lupakan doktrin, birokrasi, prosedur operasi standard. Itu semua boleh dimudah cara bagi memudahkan kita bekerjasama dengan masyarakat," katanya.
Menyentuh mengenai kerjasama masyarakat pula, Abd Rashid berkata banyak episod kejayaan mematahkan cubaan menculik dan pencerobohan terhasil daripada maklumat yang diberikan komuniti setempat.
Katanya penyaluran maklumat yang cepat kepada pasukan keselamatan membolehkan tindakan pantas diambil, sekali gus meminimumkan peluang pihak berkenaan melakukan jenayah.
"Oleh kerana itu, kejayaan demi kejayaan dapat dilihat. Apabila kita faham budaya mereka dan terangkan kepentingan isu keselamatan, tugas kita semakin mudah," katanya yang turut mendedahkan ESSCom berjaya mengelakkan dan mematahkan 11 insiden sepanjang tempoh beliau berkhidmat dari 12 April 2013 hingga 23 Dis 2015.
Abd Rashid berkata kerjasama antarabangsa dengan pasukan keselamatan Filipina turut membantu memahat ESSCom di hati masyarakat melalui dialog, kunjungan hormat dan perjumpaan kedua-dua pihak selama ini.
Beliau berkata isu keselamatan di perairan Sabah dan antarabangsa turut menjadi kebimbangan Filipina yang mahukan perkara itu ditangani sebaik mungkin dalam konteks jangka panjang.
ESSCom merupakan pihak keselamatan yang diselaraskan bagi mengawal keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Kawalan keselamatan itu merangkumi kawasan pantai sepanjang lebih 1,700 kilometer.
Penubuhan ESSCom dan ESSZone diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac 2013 susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013 yang menyaksikan 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala 68 pengganas ditembak mati.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2017
ESSCom merupakan pihak keselamatan yang diselaraskan bagi mengawal keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone). - Gambar fail
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Agenda AWANI: Siap siaga, kes MPOX di Malaysia
Kes positif mpox varian clade II dalam negara, adakah kita mengulangi kesilapan sama jika lambat bertindak? Adakah masyarakat cakna mengenai penjagaan kesihatan dan waspada dengan sebarang ancaman penyakit berjangkit?
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.