KLUANG: Penubuhan dua Jawatankuasa Perpaduan yang bertujuan memperkasa pembangunan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dalam negara, akan dimuktamadkan tahun ini, selepas dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, jawatankuasa tersebut melibatkan Jawatankuasa Exco Perpaduan dan Jawatankuasa Permuafakatan Daerah.
Katanya, Jawatankuasa Exco Perpaduan dianggotai semua exco perpaduan di setiap negeri, tanpa mengira parti, sama ada kerajaan atau pun pembangkang.
"Semua mereka akan duduk semeja sebagai ahli jawatankuasa, bagi memastikan agenda perpaduan negara dapat direalisasikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin: Memperkasa Kepimpinan KRT Zon Kluang/Batu Pahat/Mersing di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Dataran Tasik Kluang, di sini, hari ini.
Sementara itu Halimah berkata, pegawai daerah di setiap negeri akan bertindak selaku perantara kerajaan dalam Jawatankuasa Permuafakatan Daerah, untuk menyampaikan suara komuniti di kawasan mereka.
Dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata, kementerian sedang dalam proses untuk mengagihkan geran berjumlah RM50 juta kepada 8,330 KRT, dengan keseluruhan 250,000 ahli di seluruh negara.
Menurutnya, proses pengagihan geran itu telah bermula di Melaka minggu lepas, melibatkan sebanyak 249 KRT dengan peruntukan berjumlah RM1.49 juta.
"Selepas ini, di Johor, Perak, Selangor dan lain-lain negeri. Apabila geran sudah dimasukkan ke dalam akaun, mereka (KRT) boleh terus memulakan apa-apa perancangan untuk mencapai dasar perpaduan negara," katanya.
Februari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2030, sebagai inisiatif mengukuhkan perpaduan yang bersifat inklusif, jelas dan padu dalam tempoh 10 tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021
![Penubuhan dua Jawatankuasa Perpaduan dimuktamadkan tahun ini - Halimah Sadique Penubuhan dua Jawatankuasa Perpaduan dimuktamadkan tahun ini - Halimah Sadique](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614240189_HalimahMohamedSadi.jpg)
Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, jawatankuasa tersebut melibatkan Jawatankuasa Exco Perpaduan dan Jawatankuasa Permuafakatan Daerah. - Gambar fail/BERNAMA
![‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual ‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739080514_tbjurujualSetiaC.jpg)
‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual
Beberapa jurujual menyifatkan insiden tembak di Setia City Mall, Setia Alam malam tadi satu kejadian yang tidak dapat dilupakan.
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
![Penubuhan dua Jawatankuasa Perpaduan dimuktamadkan tahun ini - Halimah Sadique Penubuhan dua Jawatankuasa Perpaduan dimuktamadkan tahun ini - Halimah Sadique](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614240189_HalimahMohamedSadi.jpg)
Penubuhan dua Jawatankuasa Perpaduan dimuktamadkan tahun ini - Halimah Sadique
Penubuhan dua Jawatankuasa Perpaduan yang bertujuan memperkasa pembangunan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dalam negara, akan dimuktamadkan tahun ini, selepas dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terd