KIULU: Penduduk luar bandar yang lebih gemar menggunakan kaedah lama untuk pertanian, perlu meneruskannya bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus dan meningkatkan aktiviti ekonomi terutamanya dalam pelancongan, disamping mengekalkan warisan kebudayaan mereka.
Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata penduduk luar bandar yang meneruskan amalan pertanian tradisi telah menyumbang kepada sekuriti makanan mereka sendiri serta mengurangkan kebergantungan mereka kepada sumber makanan luar.
Beliau berkata mengusahakan tanah juga membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan, dan pemerkasaan ekonomi ini mengukuhkan komuniti luar bandar, mengurangkan kemiskinan dan membolehkan pertumbuhan yang lestari.
"Walaupun golongan muda sering mencari peluang pekerjaan di kawasan bandar, kami juga mahu mereka pulang dan meneruskan warisan nenek moyang mereka," kata Joniston menerusi kenyataan selepas merasmikan Pesta Kaamatan di Kampung Romokon di sini hari ini.
Beliau berkata kaedah pertanian tradisi juga berpotensi menarik minat pelancong untuk mempelajari lebih lanjut mengenai warisan pertanian penduduk ke kampung masing-masing.
Joniston, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu berkata usaha kolektif penduduk luar bandar melalui pertanian tradisi, bukan sahaja mengeratkan hubungan sosial tetapi juga menggalakkan semangat kekitaan dan sokongan bersama dalam masyarakat.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JPKK) Kampung Romokon, Salinung @ Linus Siniung berkata petani kampung itu terkenal dengan antara lain penanaman padi bukit, sayuran, buah-buahan, koko dan tembakau.
Beliau percaya arahan untuk mengambil tindakan itu, akan menggalakkan lebih ramai penduduk kampung, khususnya golongan belia, untuk terus mengusahakan tanah warisan itu.
"Walaupun pada kebiasaannya belia mungkin pekerjaan di kawasan bandar, kita juga mahu mereka pulang ke kampung dan meneruskan legasi nenek moyang mereka.
"Dengan berbuat demikian, kita boleh memupuk generasi baharu pengusaha pertanian yang mampu menangani cabaran masa hadapan dan menyumbang kepada sistem makanan yang lestari dan berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Joniston berkata kaedah pertanian tradisi juga berpotensi menarik minat pelancong untuk mempelajari lebih lanjut mengenai warisan pertanian penduduk ke kampung masing-masing. - Gambar fail
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Nadi dijangka tingkatkan literasi digital masyarakat luar bandar
Penambahbaikan fungsi PEDi kepada Nadi dapat memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dengan kemahiran teknologi terkini.
Penting untuk masyarakat luar bandar teruskan pertanian tradisi - Joniston
Penduduk luar bandar yang lebih gemar menggunakan kaedah lama untuk pertanian, perlu meneruskannya bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus.
KKDW perkenal PKS bantu masyarakat luar bandar jana pendapatan
Projek rintis program itu telah dilaksanakan di Baling, Kedah, dengan KEDA dilantik sebagai agensi pelaksana.
Pemerkasaan pembangunan lestari luar bandar perlu inklusif - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan memastikan kesejahteraan masyarakat desa dan wilayah.
"Peruntukan kerajaan banyak, tetapi banyak sangat tapisan dibuat" - Penduduk luar bandar
Masih ada kekangan walaupun penduduk kampung mempunyai banyak peluang untuk memanfaat bantuan kerajaan.
Mudah difahami dan interaktif, DBNA hasilkan video kesedaran COVID-19 dalam dialek Bidayuh
Video itu tersedia dalam empat versi dialek utama bahasa Bidayuh, antaranya, Bukar Sadong dan Biatah.
PM gesa usahawan luar bandar rebut peluang, naik taraf ekonomi
Melalui penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD) 2019, para usahawan mempunyai banyak peluang untuk meningkatkan prestasi perusahaan mereka.