KUALA LUMPUR: Adik perempuan Fatimah Ibrahim, Maimumah meninggal dunia kerana kanser payudara beberapa dekad lalu, justeru apabila beliau berasa seperti ada ketulan kecil pada payudara kanannya ketika mahu memakai coli, rasa cemas menyelubungi dirinya.
"Perkara itu berlaku pada tahun 2008, usia saya masa itu 65 tahun. Saya fikir saya kena bertindak segera. (Adik tu) pun, dia dah terlepas kan. Pasal dia tak tahu, kes dia dah terbiar. Nak merawat pun, benda tu dah merebak," beliau berkongsi kisahnya dengan Bernama ketika dihubungi di rumah kediamannya di Perak.
Tanpa berlengah, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini kemudiannya ke hospital, membuat mamogram dan biopsi, yang hasilnya mengesahkan beliau menghidap peringkat awal kanser payudara Tahap II.
Untuk yang berusia antara 50 dan 74 tahun dan dengan sejarah keluarga menghidap kanser payudara, Fatimah sepatutnya melakukan mamogram secara tahunan. Beliau tidak melakukannya, dan hanya bergantung kepada pemeriksaan sendiri payudara.
Panduan Amalan Klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan wanita yang berusia antara 50 dan 74 melakukan mamogram sekali setiap dua tahun, sama seperti yang disyorkan di Amerika Syarikat. Untuk wanita yang berisiko tinggi untuk kanser payudara (berusia 40 hingga 60 tahun dan selepas usia 60 tahun), mereka perlu melakukan mamogram sekali setiap dua tahun.
Namun di sebalik panduan ini, Yayasan Kanser Payudara Malaysia dan pakar perubatan mengesyorkan mamogram tahunan untuk wanita berusia 40 tahun ke atas.
Pakar di lapangan memberitahu Bernama, pengesanan awal sebagai sebahagian daripada penjagaan diri masih jarang dilakukan di Malaysia di sebalik kenyataan demi kenyataan yang dibuat sejak berdekad lalu dengan harapan untuk mencetuskan kesedaran akan pentingnya pengesanan awal.
PENGESANAN AWAL
Pakar perubatan meletakkan risiko kanser payudara untuk wanita di Malaysia, seorang dalam setiap 20 orang.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser payudara adalah kanser paling lazim dalam kalangan wanita iaitu 32.9 peratus atau 8,418 kes baharu pada tahun 2020, diikuti kanser kolorektal (11.9 peratus) dan kanser ovari (7.2 peratus).
Kadar survival dan jangka hayat lima tahun bagi pesakit kanser payudara di Malaysia adalah 66.8 peratus, seperti diperincikan dalam laporan Malaysian Study on Cancer Survival 2018 (MyScan 2018). Kadar berkenaan adalah lebih baik berbanding sesetengah negara, seperti Thailand dan India, tetapi lebih rendah daripada negara maju dan China iaitu 80.4 peratus.
"Amat penting untuk mengesan awal kanser payudara ... Sebaik sahaja dikesan, banyak pilihan rawatan daripada membiarkan ia merebak dan datang apabila tidak ada apa lagi yang boleh dibuat," kata Dr Maninderpal Kaur, pakar radiologi dan pengimejan payudara di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kadar keterukan kanser payudara terdiri daripada beberapa tahap, daripada Tahap I - iaitu ketumbuhan kanser kurang daripada 2sm lebar dan hanya didapati di dalam tisu payudara, atau di dalam kelenjar limfa hampir kepada payudara hingga kepada Tahap IV - yang bermakna serangan barah menjalar ke bahagian lain badan, demikian menurut Cancer Research UK.
Di Malaysia, Tahap I mempunyai 87.5 peratus kadar survival untuk sekurang-kurangnya lima tahun selepas diagnosis, sementara Tahap IV, 23.3 peratus kadar survival.
Tahap paling biasa untuk diagnosis kanser payudara di Malaysia ialah Tahap II, apabila ketumbuhan kanser payudara antara 2sm dan 5sm garis pusat, sama ada dalam payu dara atau berhampiran kelenjar limfa atau kedua-duanya sekali. Ini adalah peringkat awal kanser payudara dan mempunyai kadar survival 80.7 peratus.
Pakar onkologi Sunway Medical Centre Velocity Dr Hafizah Zaharah Ahmad memberitahu Bernama, kebimbangan paling utama ialah apabila kanser merebak ke kelenjar limfa - bahagian sistem imun badan.
"Jika ia merebak ke kelenjar limfa, ia akan merebak ke organ lain, " katanya.
Apabila kanser merebak, semakin sukar untuk merawat dan kadar survival menurun. Sebaik sahaja pesakit mencapai Tahap IV, rawatan semasa melibatkan penjagaan paliatif, secara asasnya cuba menyekat kanser daripada merebak dan sebarang kesakitan.
Doktor swasta mempunyai lebih ramai pesakit kanser payudara tahap awal berbanding doktor di hospital kerajaan.
"Kira-kira 50 peratus pesakit saya adalah Tahap III dan IV," kata Dr Raflis Zuhairee Awang, doktor payudara dan endokrin di HKL.
Menurut Ketua Onkologi dan Radioterapi HKL Dr Ros Suzanna Ahmad Bustaman, berita berkenaan bukanlah satu berita yang suram dalam sistem penjagaan kesihatan awam.
"Hakikatnya, lebih ramai pesakit yang datang pada tahap yang awal. Kami menerima lebih ramai pesakit Tahap I dan Tahap II," katanya.
Apa pun, tahap kesedaran tentang kanser payudara semakin meningkat berbanding puluhan tahun lalu, berdasarkan perangkaan laporan pertama Daftar Kanser Kebangsaan 2007 - 20011 dan yang terkini 2008-2016, iaitu diagnosis dan kadar survival semakin meningkat.
Tinjauan dalam talian 2021 oleh Wan Ning Lee et al mengenai kesedaran rakyat Malaysia mengenai kanser payudara dan kaedah saringan menyokong kepada pandangan yang tersebut di atas dan majoriti responden mempunyai pengetahuan sederhana dengan kaum wanita mempunyai lebih pengetahuan.
APA YANG MENGHALANG PENGESANAN AWAL
Mengenai kadar saringan yang rendah - satu daripada 10 wanita yang membuat saringan, menuruty Cancer Research Malaysia - pakar perubatan berpandangan sebahagian besarnya kerana rasa takut, salah maklumat dan stigma dan tidak ada kena mengena dengan tahap pendidikan.
Menurut Dr Hafizah, kebanyakan pesakit tahap lewat beliau berpendidikan tetapi takut untuk ke hospital apabila mengesan ketulan dalam payudara sehinggalah mereka berasa sakit, yang kebiasaannya sudah agak terlewat.
Berkongsi pandangan Dr Hafizah, pakar bedah payudara dan endokrin Dr Saladina Jaszle Jasmin berkata, "rasa sakit bukan gejala kanser payudara (pada tahap awal)."
Apabila kanser payudara menyebabkan rasa sakit dalam payudara, ianya kerana ketumbuhan telah membesar dan menembusi kulit, menyebabkan kesakitan, ada lelehan cecair, gatal dan bau busuk.
Jabatan kanser payudara di HKL baru-baru ini mengadakan program yang memaparkan ketakutan orang tentang kanser tanpa mengira tahap pendidikan. Jabatan ini menjadikan mandatori untuk kakitangannya berumur 40 tahun ke atas melakukan saringan dan hasilnya, dua orang didapati mempunyai kanser payudara.
"Mereka mempunyai ketulan ini lebih setahun dan daripada dua orang itu, seorang masih belum buat keputusan untuk rawatan," kata Dr Raflis.
Rasa kecewa ini turut dikongsi oleh Dr Minanderpal.
"Saya tanya mereka 'Kamu staf. Kenapa tak buat saringan awal?' 'Takut dan stigma. Buat mamogram dan bila ada ketumbuhan, takut kehilangan payudara, takut hilang rambut - apa yang semua orang gagal untuk sedar ialah kadar survival untuk Tahap 1 adalah 88 peratus berbanding Tahap IV (jika mereka tunggu dan tunggu)," katanya.
FAKTOR BUDAYA
Faktor budaya mungkin memainkan peranan kesejahteraan pesakit. Kaum Melayu, di sebalik mempunyai kadar satu dalam 30 untuk mendapat kanser payudara, tetapi kadar survival 44.9 peratus selepas lima tahun. Wanita Cina mempunyai kadar kes tertinggi iaitu satu dalam 22 tetapi mempunyai kadar survival 55.5 peratus sementara wanita India, mempunyai satu dalam 28 orang mendapat kanser payudara dan kadar survival 58.3 peratus, menurut MyScan.
Doktor yang dtemu bual memberitahu Bernama, sebahagian besar pesakit Melayu mereka, pesakit paling ramai dalam sistem penjagaan kesihatan aewam, memilih untuk rawatan alternatif. Antara sebab yang mereka berikan untuk menolak rawatan konvensional termasuk tidak mahu kehilangan payudara mereka serta takut dengan kesan sampingan rawatan kanser.
Menurut Dr Ros Suzanna, pilihan rawatan untuk kanser semakin banyak dan bergantung kepada jenis kanser yang dihidapi pesakit dan said treatment options for cancer have increased and are more personalised for the patient depending on their cancer type and ketersediaan ubat. Bagaimanapun, masalah bukan timbul semasa rawatan tetapi ketika mahu mendapatkan kebenaran mereka untuk rawatan.
"Sewaktu kami berbincang dengan pesakit, kami akan berterus terang. Apa yang terjadi, apa potenti kesan sampingan. Jadi kebiasaannya, kami akan bentangkan semua dan pesakit akan menyoal tentang kesan sampingan dan sudah tentu mereka akan lari. Tetapi perubatan alternatif, mana ada (bagi amaran). Semua akan janji yang baik-baik, tak ada kesan sampingan, tak perlu bedah, memanglah siapa yang tak nak?
"Dal hal ini, kami akan kehilangan pesakit yang memilih rawatan alternatif," katanya menambah, pesakit berkenaan lazimnya akan balik selepas rawatan alternatif gagal. Ketika ini, kanser mereka sudah merebak dan sering kali tidak boleh dibantu lagi.
Selain daripada rasa takut, kos dan sumber turut menjadi cabaran. Kaum wanita di luar bandar dan pusat bandar berasa sukar untuk mendapatkan kemudahan saringan dan rawatan kerana komitmen masa. Hospital di kawasan luar bandar juga tidak mempunyai banyak sumber seperti HKL dan hospital swasta. Untuk ke hospital dari kawasan luar bandar melibatkan masa dan wang.
Pakar bedah payudara, sebagai contoh tidak ramai dan menurut Dr Raflis, hanya ada kira-kira 30 orang di Malaysia dan meskipun semua hospital kerajaan mempunyai mesin mamogram, bukan semua mesin versi yang terkini.
Badan bukan kerajaan (NGO) seperti Breast Cancer Wellness Association (BRCWA) cuba memenuhi jurang dengan pergi ke kawasan luar bandar untuk menyediakan kemudahan pemeriksaan klinikal payudara dan mengajar mereka cara melakukan sendiri.
Pesara jururawat dan pengurus outreach komuniti di BRCWA Datin Matron Zainab Abdullah memberitahu Bernama,meskipun sumber untuk wanita di luar pusat bandar sudah bertambah baik, namun masa menunggu hanya menunjukkan sedikit peningkatan.
"Kalau boleh, masa menunggu untuk mereka berjumpa (pakar) tu dapat dipendekkan. Hingga kini, memang ada penambahbaikan tapi belum lagi mencapai tahap cepat yang kita nak sasarkan," katanya sambil menambah, di sesetengah tempat, masa menunggu itu mungkin sehingga dua bulan.
HARAPAN MASA DEPAN
Kemajuan dalam rawatan serta kaedah diagnosis awal dijangka akan berhembang pada masa hadapan dan sebagai persediaan, Malaysia juga boleh melaksanakan beberapa penambahbaikan.
Malaysia juga perlu melaksanakan garis panduan ujian genetik dan menyediakan ujian genetik bagi mereka yang mempunyai sejarah kanser yang kuat dalam keluarga.
"Di negara kita, kita tidak melakukan (ujian genetik untuk mutasi BRCA yang menyebabkan kanser payudara dan ovari), itu sebabnya mengapa pesakit dengan mutasi BRCA tidak tahu mereka mempunyai mutasi genetik. Apabila mereka datang, kebiasaannya, ia sudah di tahap akhir," kata Dr Maninderpal.
Dr Ros Suzanna pula berpandangan, perlu ada perubahan budaya untuk lebih fokus kepada kesihatan.
Menurut beliau, rakyat Malaysia perlu ada sikap menjaga kesihatan diri sendiri seperti peka dengan sejarah perubatan keluarga dan secara kerap melakukan saringan kesihatan untuk sebarang penyakit, tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi.
"Tidak ada sikap untuk pastikan kesihatan diri. Mereka fikir mereka baik-baik sahaja," katanya.
Buat diri Fatimah, 14 tahun selepas didiagnos, beliau berasa puas hati kerana ada sikap untuk menjaga kesihatan diri, meskipun pada mulanya beliau tidak terfikir untuk melakukan pemerikaan mamogram. Beliau juga tidak berasa malu atau takut apabila mendapat tahu pakar bedah lelaki yang akan melakukan pembedahan.
"Kita tak ingat dah nak segan, kita ingat jangan sakit, sudah," katanya menambah, dua orang cucu beliau dilahirkan selepas didiagnos dengan kanser payudara. Fatimah kini mempunyai 14 orang cucu.
RUANGAN SISI
TAHAP KANSER PAYUDARA
Tahap kanser payudara:-
Tahap I - ketumbuhan di bawah 2sm dan belum merebak ke kelenjar limfa. Jarang boleh dikesan dengan sentuhan. Mempunyai peluang survival 88 peratus. Kanser payudara Tahap 1 bermakna kanser adalah kecil dan hanya berada dalam tisu payudara, atau mungkin didapati di dalam kelenjar limfa hampir kepada payudara. Kadar survival 87.5 peratus.
Tahap II - ketumbuhan antara 2sm dan 5sm. Kanser sama ada di dalam payudara atau di dalam kelenjar limfa, atau kedua-duanya sekali. Ini adalah peringkat awal kanser payudara. Kadar survival lima tahun selepas didiagnosis di Malaysia, 80.7 peratus.
Tahap III - kanser lebih daripada 5sm lebar dan merebak dari payudara ke kelenjar limfa hampir kepada payudara atau kulit payudara atau dinding payudara. Kadar survival selepas lima tahun didiagnosis di Malaysia, 59.3 peratus.
Tahap IV - Kanser sudah merebak ke bahagian lain badan. Kadar survival lima tahun selepas didiagnosis di Malaysia, 23.3 peratus.
Sumber: Cancer Research UK; Dr. Hafizah Zaharah Ahmad; 2018 MyScan*
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
Pakar perubatan meletakkan risiko kanser payudara untuk wanita di Malaysia, seorang dalam setiap 20 orang. - Gambar hiasan
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Tidak semua benjolan pada payudara simptom kanser - Pakar
Tidak boleh ambil mudah terhadap perubahan pada diri dan perlu manfaatkan akses kepada pemeriksaan kesihatan yang disediakan.
RM8 juta diperuntuk untuk program subsidi ujian mamogram tahun depan - Noraini
Noraini menyeru wanita jalani ujian mamogram supaya dapat membantu mengenal pasti lebih awal jika dijangkiti kanser payudara.
Nancy seru wanita jalani ujian mamogram
Kaum wanita diseru supaya lebih peka dan sedar kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan berkala.
Kanser payudara: wanita tanggung lebih stres, sendiri urus penyakit, rumah/anak/orang tua
Menurut Dr Nirmala, dalam kebanyakan kes, wanita lewat dapatkan rawatan termasuk kurang berasa terdesak untuk beri perhatian kepada kesihatan mereka.
Nisbah pesakit kanser payudara di negara meningkat - Dr Imi Sairi
Nisbah pesakit kanser payudara negara meningkat bermula lima tahun lepas, dengan seorang daripada 23 wanita berisiko mendapat penyakit itu.
Memahami sel tumor kanser payudara bersifat agresif
Tumor jenis agresif umumnya dikesan dalam kanser payudara ialah triple-negative dan HER2-positive, yang mana selalunya lebih sukar dirawat, menjadikan diagnosis awal dan tindakan segera kritikal.
Peningkatan ancaman dalam kalangan wanita muda dan implikasi kanser payudara awal usia
Kanser payudara merupakan kanser kedua paling kerap didiagnosis dalam kalangan wanita melibatkan lebih 2.2 juta pada 2022 dan kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia.
Wanita muda perlu cakna kanser payudara triple negatif 'TNBC'
Kaum wanita kini berdepan dengan satu lagi "musuh" yang dikenali sebagai kanser payudara triple negatif atau TNBC.
Kanser payudara: Jika ada ketulan pada payudara, segera lakukan pemeriksaan
Dengan mengesan tanda awal tersebut, individu dapat mencegah kanser dengan rawatan susulan pada kadar segera.
Terpengaruh fahaman salah punca wanita tidak mahu jalani mamogram
Fahaman dan kepercayaan salah terhadap pseudosains atau sains menjadi antara punca wanita tidak mahu melakukan pemeriksaan mamogram untuk mengesan kanser payudara.