BAGAN SERAI: Kerajaan negeri meminta pemilik ladang ayam di Perak supaya tidak bersikap tunggu dan lihat untuk menukar ladang terbuka kepada ladang moden.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria berkata langkah itu perlu, bagi memastikan ladang ayam tidak menimbulkan kesulitan kacau ganggu seperti lalat kepada penduduk.
"Kita tak mahu apabila pengusaha tidak membuat apa-apa tindakan dan apabila sampai 2024 perkara ini tidak berjalan dan minta tempoh lagi. Ini tidak akan menyelesaikan masalah kacau ganggu lalat ," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke dua ladang ayam di Kubu Gajah, Selama dan Changkat Lobak, Bagan Serai hari ini.
Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata kerajaan negeri, akan meningkatkan penguatkuasaan dengan mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan terhadap ladang ayam, bagi memastikan ladang mereka bersih daripada lalat.
Katanya tindakan yang dikenakan pada masa ini ialah mengenakan denda sebanyak RM2,000 mengikut Enakmen Perladangan Unggas 2005, dan kerajaan negeri sedang dalam proses menyiapkan draf enakmen baharu untuk dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa akan datang.
"Bagaimanapun pada persidangan DUN 28 Mac ini, draf itu tidak sempat untuk dibentangkan kerana ia sedang dalam proses untuk diterjemahkan enakmen dalam Bahasa Inggeris," katanya.
Menurut Razman kadar denda akan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM20,000 melalui enakmen baharu itu.
Tahun lepas, kerajaan negeri menyasarkan kesemua ladang ternakan ayam di Perak beralih kepada sistem tertutup dalam tempoh tiga tahun, bagi mengurangkan kacau ganggu terutama masalah lalat dikatakan berpunca daripada reban ayam yang menggunakan kaedah terbuka.
Sementara itu, tinjauan mendapati seramai 1,000 orang penduduk membabitkan 600 buah rumah di Changkat Lobak, menghadapi masalah lalat daripada beberapa buah ladang di sini sejak lebih 20 tahun lalu.
Seorang Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Changkat Lobak Mohd Ridzuan Zulkifli, 33, berkata ancaman lalat berpunca dari ladang terbuka yang diusahakan beberapa pengusaha.
"Masalah lalat mengganggu apabila hendak makan nasi, lalat sentiasa hinggap pada makanan," katanya.
Beliau berkata lebih memalukan apabila orang luar berkunjung ke rumah penduduk di sini, merasa jijik apabila melihat lalat menghurungi kawasan rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022

Tahun lepas, Kerajaan Negeri Perak menyasarkan kesemua ladang ternakan ayam di Perak beralih kepada sistem tertutup dalam tempoh tiga tahun. - Gambar hiasan/ FB Ayam Bismi Segar Halal Suci
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Penternak ayam di Perak diminta segera tukar kepada ladang moden
Kerajaan negeri meminta pemilik ladang ayam di Perak supaya tidak bersikap tunggu dan lihat untuk menukar ladang terbuka kepada ladang moden.