KUALA LUMPUR: Programme for International Student Assessment (PISA) bertujuan melihat sejauh mana murid berusia 15 tahun yang telah melalui sembilan tahun pendidikan formal memperoleh pengetahuan dan kemahiran penting yang diperlukan untuk mereka terlibat sepenuhnya sebagai ahli masyarakat moden pada masa kini dan masa hadapan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr Ahmad Rafee Che Kassim, dapatan pentaksiran ini boleh digunakan untuk memantau trend dalam pemerolehan pengetahuan dan kemahiran murid, serta berdasarkan demografi sesebuah negara.
“Hal ini membolehkan penggubal dasar pendidikan mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran murid yang terhasil daripada sistem pendidikan negara masing-masing.
“PISA mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan ditadbir setiap tiga tahun dalam tiga domain literasi iaitu Literasi Bacaan, Literasi Matematik dan Literasi Saintifik”.
“Dapatan daripada soal selidik juga memberi maklumat tentang kelayakan dan pengalaman guru, perbandingan tentang sikap murid terhadap mempelajari matematik, sains dan bacaan, sikap murid terhadap keupayaan diri termasuklah perbandingan antara amalan pengajaran dan pembelajaran negara lain merangkumi tempoh pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran matematik, sains dan bacaan,” katanya dalam program AWANI Pagi hari ini.
Jelasnya, banyak manfaat yang Malaysia peroleh daripada menyertai PISA.
Antaranya termasuk, menilai trend pencapaian murid pada peringkat antarabangsa dalam domain kognitif yang ditaksir iaitu Literasi Matematik, Literasi Saintifik dan Literasi Bacaan; menilai trend pencapaian murid berdasarkan status sosioekonomi murid dan latar belakang sekolah; dan menentukan intervensi serta strategi penambahbaikan program dan dasar bagi meningkatkan kecemerlangan serta kualiti pendidikan negara.
Astro Awani
Thu Nov 23 2023

Ahmad Rafee berkata, melalui program PISA, penggubal dasar dapat mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran murid yang terhasil daripada sistem pendidikan negara masing-masing. - Foto Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

KPM akan ambil langkah segera tambah baik kedudukan PISA
Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengambil langkah segera bagi memperbaiki kedudukan negara dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa.

Ahli Parlimen cadang tubuh jawatankuasa kaji teknologi AI, perbaiki prestasi dalam PISA
Syahredzan berkata, pengenalan teknologi AI boleh menyebabkan beberapa cabaran antaranya termasuk pelanggaran hak cipta dan harta intelek.

Kad kemajuan murid PISA: Biar merangkak jangan menjalar
Malaysia jauh ketinggalan berbanding Singapura yang muncul negara terbaik di dunia mengatasi Ireland, Taiwan, Jepun, dan Korea.

KPM kembali beri fokus kepada 3M
Kesenjangan pembelajaran ini adalah isu bersama dan perlu ditangani dengan cara berbeza dan lebih kreatif untuk mendapatkan impak yang lebih ketara.

Pentaksiran PISA menilai tahap kompetensi murid, penting demi masa depan
Dapatan pentaksiran boleh digunakan untuk memantau trend dalam pemerolehan pengetahuan dan kemahiran murid berdasarkan demografi.

ASEAN selaras sistem akreditasi pendidikan bertaraf global
Jurang kedudukan negara anggota ASEAN menerusi Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA), Maszlee menegaskan nilai persamaan sepatutnya menjadi kekuatan kepada sistem pendidikan ASEAN.

Perkasa peranan pesara guru sebagai 'pemimpin pendapat' - Mahdzir
Kementerian Pendidikan akan terus memperkasa peranan pesara guru di negara ini kerana mereka diyakini mampu bertindak sebagai 'pemimpin pendapat' dalam kalangan masyarakat.