KUALA LUMPUR: Pentaksiran yang bersifat holistik dan berterusan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), merupakan pendekatan terbaik bagi mengoptimumkan potensi murid secara menyeluruh, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin, bagi konteks Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru memantau perkembangan kemajuan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran termasuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Dengan kaedah tersebut, Mohd Radzi berkata, guru boleh merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi membantu setiap murid meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
"Pentaksiran formatif dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sebagai sebahagian daripada pembelajaran bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid. Pentaksiran sumatif pula dilaksanakan untuk menilai pencapaian murid dalam satu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Salah satu komponen pentaksiran sumatif adalah ujian akhir tahun atau kini dikenali sebagai ujian akhir sesi akademik.
"Mulai tahun 2022, ujian akhir sesi akademik ditambah baik melalui penyediaan soalan yang setara standardnya oleh KPM bagi murid Tingkatan 1 hingga 3," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mahu mengetahui keberkesanan kaedah penilaian penguasaan dan pencapaian murid yang diukur melalui pentaksiran secara sumatif dan dijalankan pada akhir tahun memandangkan pentaksiran tingkatan tiga (PT3) telah dimansuhkan.
Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, soalan ujian akhir sesi akademik disediakan oleh guru yang berkepakaran dalam pembinaan item dan disimpan dalam bank soalan yang dibangunkan oleh KPM.
Pihak sekolah akan menjana set soalan daripada sistem tersebut dan ditadbir di sekolah seperti mana ujian akhir tahun sebelum ini, dan panduan penskoran juga akan disediakan untuk kemudahan guru.
Beliau berkata, penambahbaikan kepada ujian akhir sesi akademik membolehkan KPM melihat standard pencapaian murid di seluruh negara.
Kaedah itu, jelasnya lagi, akan membantu KPM merangka pendekatan yang bersesuaian sekiranya terdapat trend yang menunjukkan pencapaian bagi kohort atau kumpulan tertentu yang memerlukan intervensi khusus.
Astro Awani
Wed Oct 05 2022
Mohd Radzi berkata, soalan ujian akhir sesi akademik disediakan oleh guru yang berkepakaran dalam pembinaan item dan disimpan dalam bank soalan yang dibangunkan oleh KPM. - Bernama
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Pentaksiran holistik kaedah terbaik optimumkan potensi murid
Penambahbaikan kepada ujian akhir sesi akademik membolehkan KPM melihat standard pencapaian murid di seluruh negara.