KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah kanan sebuah universiti tempatan didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas lima pertuduhan menyalahgunakan dana projek penyelidikan bernilai RM32,000 dan satu pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM10,100, lima tahun lepas.
Mohamad Zulkefli Adam, 56, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussain dan Azura Alwi.
Di hadapan Hakim Suzana, Mohamad Zulkefli didakwa atas lima pertuduhan iaitu sebagai Ketua Projek Research-Based Foundation For Sustainable Agriculture Entrepreneurship (Smart Rural), menyalahgunakan wang berjumlah RM32,000 milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Maybank Berhad cawangan Jalan Raja Muda di sini antara 3 Sept dan 26 Okt 2017.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Sesyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Suzana membenarkan Mohamad Zulkefli diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima pertuduhan itu dan mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah serta menetapkan 11 Ogos untuk sebutan semula kes.
Di hadapan Hakim Azura, Mohamad Zulkefli dituduh atas satu pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM10,100 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2017.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sama (11 Ogos) untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir manakala tertuduh diwakili peguam Mazlan Mohd Zain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussain dan Azura Alwi. - Gambar hiasan
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Pensyarah kanan didakwa salah guna dana projek penyelidikan, palsukan invois
Seorang pensyarah kanan didakwa atas lima pertuduhan menyalahgunakan dana projek penyelidikan bernilai RM32,000 dan satu pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM10,100, lima tahun lepas.