BUTTERWORTH: Seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi awam dan adiknya masing-masing dihukum penjara tiga tahun serta denda RM807,475 seorang oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan kes salah guna kedudukan, pada tahun 2011.
Hukuman yang berjalan serentak itu dibuat hakim Zulhazmi Abdullah selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.
Mahkamah mendapati tertuduh pertama, Profesor Badaruddin Mohamed, 57, dan adiknya Mustafa Kamal, 50, bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Pada tahun 2011 hingga 2012, Badaruddin yang ketika itu Pengarah Pejabat Komunikasi Strategik Universiti Sains Malaysia (USM) telah menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan untuk adiknya dengan meluluskan Syarikat MK Urusniaga (M) Sdn Bhd sebagai pembekal bagi sembilan kerja-kerja pembekalan dengan jumlah keseluruhan RM160,163 yang mana Mustafa Kamal adalah pemilik syarikat tersebut.
Pada masa sama, Mustafa Kamal pula bersubahat dengan Badaruddin untuk mendapatkan kerja-kerja berkaitan atas nama syarikatnya.
Berikutan itu, tertuduh dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.
Badaruddin dan Mustafa Kamal masing-masing menghadapi sembilan pertuduhan dengan Badaruddin dituduh mengikut Seksyen 23(1) ASPRM manakala Mustafa Kamal dituduh mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama kerana bersubahat.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Azlan Basri manakala kedua-kedua tertuduh diwakili peguam Shamsul Sulaiman.
Di akhir prosiding, Shamsul memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman dan denda selama dua minggu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Berikutan itu, mahkamah menaikkan jumlah jaminan RM8,000 seorang dengan dua penjamin selain kedua-dua tertuduh diarah menyerahkan pasport perjalanan serta melapor diri di pejabat SPRM sementara menjalani hukuman.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Aug 19 2022
Badaruddin (gambar) dan adiknya didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. - Foto Astro AWANI
Kepala singa hasil tangan Sifu Siow jadi buruan menjelang Tahun Baharu Cina
Hasil kerja tangan beliau bukan sahaja didambakan pelanggan tempatan malah turut laris sehingga ke negara Eropah dan Australia.
11 maut dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 maut manakala ramai cedera selepas dilanggar sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Satu mesyuarat di Istana Presiden pada Rabu, beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus mereka untuk berkhidmat kepada kepentingan rakyat dan memenuhi jangkaan rakyat.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Ketika ini, enam pegawai kanan tentera Syria telah menjadi sasaran waran tangkap Perancis.
Sabah bakal beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Seorang wanita berusia 48 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Bintang, Sitiawan, dekat Manjung sejak 10 JanUARI lepas berjaya ditemui di Kajang, Selangor dan kembali ke pangkuan keluarganya PADA SELASA.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
Pensyarah, adik didenda RM807,475 serta penjara kerana salah guna kedudukan
Seorang pensyarah sebuah pusat pengajian tinggi awam dan adiknya masing-masing dihukum penjara tiga tahun serta denda RM807,475 seorang.