ALOR SETAR: Seorang penoreh getah wanita berusia 63 tahun dan sudah berkahwin, mengalami kerugian sebanyak RM74,800, selepas terpedaya dengan cinta maya (love scam) seorang individu yang dikenalinya menerusi Facebook sejak Julai lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah Supt Elias Omar berkata suspek memperkenalkan diri sebagai doktor bernama Ibrahim Aziz yang tinggal di Ireland dan meminta bantuan mangsa untuk memasukkan wang bagi mengaktifkan akaunnya.
"Suspek juga memberitahu dia telah mengirim barangan sebagai tanda perkenalan, malah mangsa dihubungi individu yang mengaku daripada sebuah syarikat penghantaran, memaklumkan terdapat barangan dikirim suspek dan meminta mangsa membayar cukai dan denda bagi melepaskan barangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Elias berkata atas dasar percaya dan cinta, wanita itu membuat 25 transaksi secara berperingkat ke tiga akaun bank bermula September hingga Oktober lepas, berjumlah RM74,800 menggunakan wang simpanannya.
"Penipuan itu hanya disedari apabila dia sekali lagi diminta membuat pembayaran dan wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan polis di Baling, semalam," katanya dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sementara itu, Elias berkata satu lagi kes penipuan dilaporkan melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun yang kerugian RM1,400 selepas berurusan dengan individu yang didakwa mahu menyewakan sebuah rumah di Jitra.
"Mangsa melihat iklan sewaan rumah sewaktu melayari Facebook pada Sept lepas daripada pemilik akaun Facebook 'Zhafri Muhammad' dan mahu menyewa rumah terbabit untuk diduduki bersama rakan-rakannya sebelum pengajian bermula awal bulan ini," katanya.
Beliau berkata selepas berhubung dengan suspek yang mendakwa dirinya sebagai pemilik rumah, mereka bertemu di rumah sewa itu dan pelajar tersebut bersetuju untuk menyewa dengan kadar sewaan RM600 sebulan serta wang deposit RM1,400, yang dipindahkan ke dalam akaun yang diberikan suspek pada awal bulan lepas.
"Mangsa menyedari ditipu apabila suspek yang berjanji akan menyerahkan kunci rumah kepadanya pada penghujung Oktober tidak berbuat demikian, malah nombor telefon mangsa turut disekat suspek," katanya.
Menurut Elias setakat ini terdapat enam laporan polis berkaitan penipuan sewa rumah di negeri ini dan dua kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai agar menyemak kesahihan maklumat berkaitan hal sewa rumah sebelum membuat sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Seorang penoreh getah wanita berusia 63 tahun dan sudah berkahwin, mengalami kerugian sebanyak RM74,800, selepas terpedaya dengan 'love scam'. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
'Love scam': 20 warga asing didakwa menipu
Seorang rakyat Taiwan dan 19 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan pakatan jenayah penipuan berkaitan 'Love Scam'.
Dibuai cinta 'ahli geologi marin', peguam rugi RM1.75 juta
Seorang peguam kerugian RM1.75 juta akibat terperdaya dengan love scam atau penipuan cinta setelah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lepas.
Pesara bank wanita kerugian RM1.98 juta angkara 'love scam'
Wanita itu telah memasukkan wang menerusi 12 transaksi ke 12 akaun berlainan sejak Mei lepas seperti yang diarahkan, untuk menebus bungkusan.
Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam'
Kebanyakan wanita yang bekerja dalam bidang profesional menjadi sasaran penipuan ini kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah
Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkait kes penipuan 'love scam' ditahan selepas hadir ke Balai Polis Pengkalan Chepa di sini untuk membuat laporan berhubung kes jenayah, semalam.
Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.
Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam'.
Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam
Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.