KUALA PILAH: Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Tertuduh yang berusia 52 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan anak perempuannya yang berusia 24 tahun, yang mana ia tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 8 Julai lalu jam lebih kurang 10.30 malam di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin.
Sementara itu, mengikut pertuduhan kedua, antara bulan 11 hingga bulan 12 tahun 2019 lebih kurang waktu pagi di lokasi sama, tertuduh telah melakukan perbuatan sama dengan individu sama yang ketika itu berusia 20 tahun.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Norma kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta saksi sehingga kes selesai dan sekiranya tertuduh melanggar syarat tersebut, jaminan akan ditarik serta-merta.
Mahkamah menetapkan tarikh 26 Ogos ini sebagai sebutan semula kes, serahan dokumen serta lantikan peguam.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak dalam kejadian di Gemencheh.
Perbuatan suspek itu didakwa dilakukan sejak 2019 hingga Julai 2024 yang mana mangsa telah melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 24 2024
![Penoreh getah tidak mengaku rogol anak kandung Penoreh getah tidak mengaku rogol anak kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721794272_penorehgetahrogol.jpg)
Tertuduh yang berusia 52 tahun dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
![Pemilik suara Nobita meninggal dunia pada usia 88 tahun Pemilik suara Nobita meninggal dunia pada usia 88 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721801161_NobitaNorikoOhara.jpg)
Pemilik suara Nobita meninggal dunia pada usia 88 tahun
Noriko Ohara, pemilik suara Nobita Nobi dalam siri anime popular "Doraemon," meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
![Maybank jamin data pelanggan, sistem selamat Maybank jamin data pelanggan, sistem selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621416223_MalaysiasMaybank.jpg)
Maybank jamin data pelanggan, sistem selamat
Maybank menjelaskan bahawa sistemnya kekal selamat dan maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya, susulan wujud dakwaan pangkalan data bank itu diterbitkan di forum web gelap.
![MITI kaji semula Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 MITI kaji semula Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721800891_LiewChinTong.jpg)
MITI kaji semula Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengkaji untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993.
![Ketua Biro Aduan Awam PN terima ugutan bunuh Ketua Biro Aduan Awam PN terima ugutan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721799344_KetuaBiroAduanAwa.jpg)
Ketua Biro Aduan Awam PN terima ugutan bunuh
Ketua Biro Aduan Awam Perikatan Nasional (PN) Johor, Lim Thow Siang mendakwa meneriman ugutan tembak oleh sekumpulan 'scammer'.
!['Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional' 'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721791028_AWANIpagi.jpg)
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.
![Ajai kongsi kemunculan terbaharu Hafiz Suip, peminat luah rasa rindu Ajai kongsi kemunculan terbaharu Hafiz Suip, peminat luah rasa rindu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721795107_AjaiKongsi.jpg)
Ajai kongsi kemunculan terbaharu Hafiz Suip, peminat luah rasa rindu
Komposer dan penyanyi Ajai mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kemunculan terbaharu penyanyi bersuara mantap, Hafiz Suip.
Lima kebakaran akibat gelombang haba di Andalusia
Sekurang-kurangnya lima kebakaran dilaporkan berlaku di komuniti Andalusia Sepanyol akibat gelombang haba pada Selasa.
![Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720415146_TBbnm.jpg)
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Inflasi Jun 2024 kekal, apungan RON95 hanya sesuai tahun depan
Ini bagi membolehkan kerajaan melihat kekurangan atau kelemahan dalam penyasaran subsidi diesel, untuk ia ditambah baik bagi pelaksanaan melibatkan petrol.
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
![Penoreh getah tidak mengaku rogol anak kandung Penoreh getah tidak mengaku rogol anak kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721794272_penorehgetahrogol.jpg)
Penoreh getah tidak mengaku rogol anak kandung
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
![Bapa rogol anak OKU hingga lahirkan bayi ditahan Bapa rogol anak OKU hingga lahirkan bayi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705748685_WanitaTrauma.jpg)
Bapa rogol anak OKU hingga lahirkan bayi ditahan
Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun.
![Lelaki mengaku bersalah belasah anak kandung Lelaki mengaku bersalah belasah anak kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706776081_tendanganak.jpg)
Lelaki mengaku bersalah belasah anak kandung
Tertuduh berusia 47 tahun membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan.
![Lelaki rogol anak tiri baru kematian ibu hingga lahirkan bayi dipenjara, sebat Lelaki rogol anak tiri baru kematian ibu hingga lahirkan bayi dipenjara, sebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700033609_TBWargaBangladesh.jpg)
Lelaki rogol anak tiri baru kematian ibu hingga lahirkan bayi dipenjara, sebat
Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 15 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya.
![Pekerja kebun mengaku bersalah rogol, amang seksual 3 anak sejak kecil Pekerja kebun mengaku bersalah rogol, amang seksual 3 anak sejak kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699434141_TBrogolanakjpg.jpg)
Pekerja kebun mengaku bersalah rogol, amang seksual 3 anak sejak kecil
Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun hanya membuat pengakuan bersalah atas 27 pertuduhan sejurus kesemua 34 pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suaibon.
![Pekerja pembersihan didakwa rogol, amang seksual anak perempuan Pekerja pembersihan didakwa rogol, amang seksual anak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698912246_tbamangseksual.jpg)
Pekerja pembersihan didakwa rogol, amang seksual anak perempuan
Seorang pekerja pembersihan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya dalam kejadian pada September lalu.
![11 tahun jadi hamba seks bapa sendiri, remaja hamil tampil lapor polis 11 tahun jadi hamba seks bapa sendiri, remaja hamil tampil lapor polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698563115_raped.jpg)
11 tahun jadi hamba seks bapa sendiri, remaja hamil tampil lapor polis
Seorang remaja perempuan yang tinggal di sebuah kampung di sini mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak berusia enam tahun dan kini didapati mengandung hasil hubungan terlarang itu.
![Bapa rogol, amang seksual dua anak dipenjara 702 tahun, 234 sebatan Bapa rogol, amang seksual dua anak dipenjara 702 tahun, 234 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691995042_Baparogol.jpg)
Bapa rogol, amang seksual dua anak dipenjara 702 tahun, 234 sebatan
Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 702 tahun dan 234 sebatan di Mahkamah Sesyen Muar atas 19 pertuduhan merogol dan 11 tuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.
![Bapa mengaku 30 pertuduhan rogol, amang seksual dua anak Bapa mengaku 30 pertuduhan rogol, amang seksual dua anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689495458_MUAR.jpg)
Bapa mengaku 30 pertuduhan rogol, amang seksual dua anak
Seorang pekerja pembersihan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad, atas 30 pertuduhan merogol dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lalu.
![Lelaki mengaku salah 8 tuduhan rogol, amang seksual anak sendiri Lelaki mengaku salah 8 tuduhan rogol, amang seksual anak sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686804916_TBRogol.jpg)
Lelaki mengaku salah 8 tuduhan rogol, amang seksual anak sendiri
Seorang lelaki mengaku salah atas lapan pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis.