MUAR: Seorang lelaki mengaku salah atas lapan pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis.
Tertuduh membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh yang berusia 41 tahun dan hanya bekerja kampung dituduh melakukan perbuatan keji berkenaan dalam sebuah rumah di Semerah sejak tahun 2020 hingga 2023.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh berdepan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 12 tahun pada tahun 2020.
Oleh itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan amang seksual fizikal di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.
Bagi hukuman Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan dengan sebat tidak kurang daripada dua sebatan.
Bagi pertuduhan kedua hingga ke lapan, tertuduh didakwa merogol anak perempuan sulungnya itu yang kini hamil tujuh bulan di lokasi sama sejak Oktober 2020 hingga Jun 2023.
Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.
Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat menetapkan tarikh 16 Julai 2023 bagi sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 15 2023

Tertuduh membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. - Foto Sinar Harian

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun
Seorang buruh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk menjalani hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana merogol dan meliwat anak perempuannya yang di bawah umur, lima tahun lepas.

'Saya tak sengaja rogol anak'
Seorang penoreh getah didakwa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.

Penoreh getah tidak mengaku rogol anak kandung
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.

Bapa rogol anak OKU hingga lahirkan bayi ditahan
Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun.

Lelaki mengaku bersalah belasah anak kandung
Tertuduh berusia 47 tahun membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Lelaki rogol anak tiri baru kematian ibu hingga lahirkan bayi dipenjara, sebat
Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 15 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya.

Pekerja kebun mengaku bersalah rogol, amang seksual 3 anak sejak kecil
Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun hanya membuat pengakuan bersalah atas 27 pertuduhan sejurus kesemua 34 pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suaibon.

Pekerja pembersihan didakwa rogol, amang seksual anak perempuan
Seorang pekerja pembersihan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya dalam kejadian pada September lalu.

11 tahun jadi hamba seks bapa sendiri, remaja hamil tampil lapor polis
Seorang remaja perempuan yang tinggal di sebuah kampung di sini mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak berusia enam tahun dan kini didapati mengandung hasil hubungan terlarang itu.

Bapa rogol, amang seksual dua anak dipenjara 702 tahun, 234 sebatan
Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 702 tahun dan 234 sebatan di Mahkamah Sesyen Muar atas 19 pertuduhan merogol dan 11 tuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.