Para penonton acara terjun Sibu International BASE Jump 2018 yang membanjiri Dataran Sibu seawal 8 pagi tadi, cemas apabila salah seorang penerjun terbabas ke balkoni di tingkat 16 Wisma Sanyan ketika melakukan terjunan.
Bagaimanapun, penerjun Kanada yang dikenali sebagai Aaron Major yang berusia 52 tahun tersebut sempat berpaut pada besi balkoni bangunan 27 tingkat (126 meter tinggi) sebelum memanjatnya untuk menyelamatkan diri.
Residen Bahagian Sibu, Charles Siaw mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi
"Saya ada bercakap dengan beliau selepas insiden itu dan beliau berada dalam keadaan baik. Beliau memberitahu kejadian berlaku kerana posisi badannya yang salah dan bernasib baik dapat berpaut pada besi di balkoni," katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.
Sibu International Base Jump 2018 edisi ke-10 tahun itu anjuran Pejabat Residen Bahagian Sibu dengan kerjasama Malaysia BASE Association yang telah berjaya menarik penyertaan 34 penerjun antarabangsa tujuh penerjun wanita berakhir petang ini.
Diadakan sejak Jumaat lalu, acara itu adalah untuk menarik pelancong datang ke Bahagian Sibu dan kawasan tengah Sarawak. -- Bernama
Bernama
Sun Sep 23 2018
Major sempat berpaut pada besi balkoni bangunan sebelum memanjatnya untuk menyelamatkan diri. - BERNAMA
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Penonton cemas penerjun terbabas ke balkoni Wisma Sanyan
Para penonton acara terjun Sibu International BASE Jump 2018 yang membanjiri Dataran Sibu seawal 8 pagi Ahad, cemas apabila salah seorang penerjun terbabas ke balkoni di tingkat 16 Wisma Sanyan.