PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki membuang kertas saman yang dikeluarkan kepadanya serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis membawa padah apabila ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Kampung Kayu Ara, Damansara di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang bekerja sebagai penolong pengurus syarikat swasta itu ditahan anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Petaling Jaya, kira-kira jam 10.40 pagi.
"Anggota polis bertugas telah menahan suspek yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan ketika kejadian.
"Pemeriksaan dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu kelas B2," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, anggota polis kemudiannya mengeluarkan saman ke atas suspek atas kesalahan tersebut.
"Bagaimanapun lelaki terbabit bertindak membuang kertas saman selain meninggikan suara serta menjerit kepada anggota polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saman tersebut," katanya.
Menurutnya, anggota polis bertugas cuba menenangkan suspek namun tidak diendahkan.
"Lelaki itu dinasihatkan supaya bertenang namun tidak dipedulikan, sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat kepada polis.
"Suspek kemudiannya diberkas untuk tindakan lanjut dan akan direman pada Sabtu untuk siasatan lanjut," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 18 2022
Seorang penolong pengurus syarikat ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki anggota polis. - Gambar hiasan
Johor alu-alukan pelabur bina fasiliti kesihatan, perubatan di JS-SEZ
Setakat ini terdapat beberapa pihak menunjukkan minat dalam pembinaan fasiliti kesihatan termasuk hospital dan farmasi.
Ringgit dijangka pada RM4.50 minggu ini
Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu ini. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, mengulas mengenai tumpuan kepada kadar inflasi Amerika dan impaknya terhadap prestasi ringgit.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5100/5185 berbanding dolar AS daripada 4.4945/5000 pada Jumaat lepas.
Ekonomi Malaysia 2025: Asas Kukuh, Pasaran Saham Tidak Menentu
Menjelang tahun 2025, ekonomi Malaysia menunjukkan asas yang kukuh dengan peningkatan dalam pengeluaran industri dan pengukuhan pasaran buruh. Namun, pasaran saham mencatatkan penurunan yang ketara. Mengapa jurang ini wujud dan apakah prospek pasaran Malaysia untuk jangka panjang? Ketahui lebih lanjut dalam video ini bersama Mohd Sedek Jantan dari UOB Kay Hian Wealth Advisors.
BAP untuk keperluan anak-anak, sekolah tak boleh kenakan potongan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah amanah besar yang mesti digunakan sepenuhnya untuk keperluan anak-anak dan sekolah tidak boleh mengenakan potongan, pesan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews
#AWANInews
38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Bursa Malaysia dijangka alami kenaikan sederhana minggu ini, didorong optimisme
Bursa Malaysia dijangka merekodkan aliran pergerakan meningkat yang sederhana minggu ini, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah dan keyakinan berkaitan perkembangan domestik.
Prospek Ekonomi Malaysia 2025 Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Dalam temu bual eksklusif ini, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, mengulas mengenai prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia melebihi 5% pada tahun 2025, daya tahan ekonomi, dan pelbagai isu lain yang mempengaruhi ekonomi negara.
Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Penolong pengurus syarikat ditahan maki polis
Suspek ditahan anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal IPD Petaling Jaya, kira-kira jam 10.40 pagi.