KUALA LUMPUR: Peranan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) sangat penting termasuk penglibatan mereka secara aktif dalam aktiviti saringan, rawatan dan kawalan semasa pandemik COVID-19, dalam memastikan rakyat di negara ini mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peranan PPP di perkhidmatan rawatan prahospital dan ambulans juga amat penting, dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
"Malah Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan juga merupakan sekretariat latihan bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk melatih anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam catatan di laman Facebook rasmi beliau sempena sambutan Hari Pembantu Perubatan, hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, 10 Mac setiap tahun diisytiharkan sebagai hari pembantu perubatan di seluruh negara dan ia merupakan suatu bentuk penghargaan kepada mereka atas sumbangan terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan.
"Ini seterusnya memberikan impak positif terhadap motivasi serta semangat ahli profesion PPP di Malaysia untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang," katanya.
Mengenai tema sambutan tahun ini iaitu 'Bersama perangi pandemik ke arah kesejahteraan keluarga Malaysia', Dr Noor Hisham berkata ia mencerminkan kesungguhan warga PPP untuk memberi perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh, profesional dan berdedikasi, bagi memastikan kesejahteraan masyarakat.
Beliau juga berharap melalui perancangan masa hadapan yang dibuat KKM, ia mampu meningkatkan lagi keupayaan PPP untuk menyumbang idea, tenaga, kemahiran dan kepakaran demi kebaikan bersama.
"Terima kasih kepada semua wira dan wirawati PPP atas segala jasa bakti, pengorbanan, dan dedikasi tugasan yang terpuji.
"Saya percaya profesion ini akan sentiasa memberi inspirasi dengan memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik dengan penuh profesionalisme demi negara. Andalah adiwira di hati rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
![Penolong Pegawai Perubatan berperanan penting beri perkhidmatan kesihatan terbaik - Noor Hisham Penolong Pegawai Perubatan berperanan penting beri perkhidmatan kesihatan terbaik - Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646622706_NoorHisham.jpg)
Dr Noor Hisham berkata peranan PPP di perkhidmatan rawatan prahospital dan ambulans juga amat penting, dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. - Gambar fail
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Rasuah: Penolong pegawai perubatan dipenjara 2 bulan, denda RM17,500 Rasuah: Penolong pegawai perubatan dipenjara 2 bulan, denda RM17,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632116754_pegawaiperubatand.jpg)
Rasuah: Penolong pegawai perubatan dipenjara 2 bulan, denda RM17,500
Tertuduh didapati menggunakan kedudukannya dengan memperakukan syarikat Pella Maju Enterprise milik adiknya bagi pembelian peralatan perubatan.