KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen di sini bahawa siasatannya berhubung kecederaan dialami remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella adalah berat sebelah.
Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, juga menafikan beliau gagal menjalankan tugasnya sebagai pegawai pelindung kepada Bella apabila tidak menyiasat mengenai dakwaan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali bahawa Bella cedera akibat terkena air panas dari pemanas air.
"Pada Julai 2021, saya membuat permohonan untuk membatalkan perintah jagaan tetap yang diberikan kepada Siti Bainun. Dalam tempoh itu juga saya menemu bual Zurianti, Haiza, Suhana dan Shira dan kanak-kanak (Bella) juga telah diselamatkan.
"Keterangan mengenai pemanas air tidak perlu bagi saya sebab kanak-kanak dah diselamatkan dan ditempatkan semula di Taman Sinar Harapan. Siasatan saya lebih menjurus kepada untuk menyelamatkan mangsa dan bukannya mengetahui punca kecederaan," katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun.
Saksi pendakwaan ke-12 itu tidak bersetuju dengan cadangan seorang lagi peguam Siti Bainun, Asiah Abd Jalil bahawa beliau membocorkan gambar-gambar yang menunjukkan kecederaan Bella kepada orang awam.
Asiah: Ada 12 keping gambar (kecederaan Bella) tular di media sosial dan adakah kamu tahu ia satu kesalahan di sisi undang-undang jika gambar-gambar berkenaan dibocorkan.
Mohamad Imran: Setuju.
Bagaimanapun, saksi itu tidak mengetahui Siti Bainun membuat laporan polis berhubung gambar yang tular itu kerana bimbang Bella diaibkan.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 20 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Seorang penolong pegawai JKMWPKL menafikan di Mahkamah Sesyen bahawa siasatannya berhubung kecederaan dialami remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella adalah berat sebelah. - Gambar fail/Astro AWANI
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Penolong pegawai JKMWPKL nafi siasatan Bella cedera berat sebelah
Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, juga menafikan beliau gagal menjalankan tugasnya sebagai pegawai pelindung kepada Bella.