Penjualan anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Edra Global Energy Bhd, turut mengambil kira liabiliti atau hutang syarikat itu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.
Jelasnya, China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) yang membeli kesemua aset Edra pada harga RM9.83 bilion, juga bersetuju menyerap hutang syarikat berjumlah hampir RM8 bilion.
"Ia tawarkan RM9.83 bilion dan ambil alih hutang hampir RM8 bilion. Jadi kita mesti lihat nilai digabungkan (hampir RM18 bilion).
"Hutang adalah liabiliti yang diambil kira dalam pengambilalihan sesebuah syarikat dan orang tidak akan bayar sebegitu banyak dan hutangnya diserap kalau syarikat itu tiada nilai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Sukan Kementerian Kewangan, di Institut Penilaian Negara (Inspen), di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman blognya yang mempersoalkan penjualan Edra pada harga RM9.83 bilion bagi mengurangkan hutang 1MDB, sedangkan ia dibeli pada harga RM18 bilion.
Tegas Johari, semua pihak perlu maklum bahawa penjualan Edra itu terpaksa dilakukan bagi mengurangkan hutang serta sejajar penstrukturan semula 1MDB.
"Jika tidak, ia dalam keadaan hutang tidak boleh dibayar dan terpaksa diambil alih oleh kerajaan. Jika ini terjadi, ia akan hanya menambah defisit fiskal dan inilah yang cuba dielakkan.
"Secara peribadi, saya berasakan ianya situasi yang mana 1MDB tiada pilihan...hendak membuat IPO (tawaran awam permulaan) tiada respon, hendak dijual kepada pelabur tempatan pula harganya murah dan tidak cukup bagi membayar hutang. Akhirnya ia dibuka kepada pembida luar," katanya.
Pada 23 Nov lepas, 1MDB, Edra dan anak syarikatnya memeterai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).
CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.
Transaksi yang dijangka selesai pada Februari 2016, disifatkan kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei lepas.
Johari menjelaskan, penglibatan syarikat asing dalam industri penjanaan tenaga juga bukanlah sesuatu yang baharu.
"Masyarakat perlu faham industri itu sebenarnya banyak melibatkan syarikat asing. Kadang-kadang kita panggil syarikat seperti Mitsui dan Sumitomo dan CGN berpengalaman luas dalam bidang ini," katanya.
Beliau turut menggesa masyarakat agar tidak bimbang kerana sebagai Penjana Tenaga Bebas (IPP), Edra hanya terlibat dalam aktiviti penjanaan manakala aspek pengedaran tenaga masih dikawal sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Ada tiga komponen dalam industri berkenaan iaitu penjanaan, penghantaran dan pengedaran. Aspek penghantaran dan pengedaran itu kekal eksklusif kepada TNB," katanya.
Bernama
Sun Nov 29 2015

JOHARI: Penjualan anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Edra Global Energy Bhd, turut mengambil kira liabiliti atau hutang syarikat itu. -Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.