IPOH: Pemergian seorang pelajar Tingkatan 2 akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah gerai burger di Taman Bercham Raya di sini pada awal pagi Ahad amat dirasai keluarga.
Ibu mangsa, Nik Nor Diana Ismail, 44, mengakui masih terkejut dengan berita kematian anak kedua dari tiga beradik itu, Muhamad Nadim Taqwa Abdul Malek, 14.
Menurutnya, kali terakhir mereka berhubung pada malam Sabtu ketika sedang membantu bapanya meniaga di pasar malam Bercham Raya dekat sini.
"Dia anak yang manja dan tak pernah berkira dengan keluarga. Walaupun kerja sambilan, bila dapat gaji dia akan bagi sikit dan belanja makan.
"Saya terkejut bila dapat tahu dia meninggal sebab kami baru bermesej melalui WhatsApp. Dia kata rindu nak makan ayam goreng kunyit ibu," katanya dengan sebak ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini pada Ahad.
Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Malek Abdul Samat, 61, berkata, berita mengenai keadaan anaknya itu diketahui melalui rakan.
Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian Allahyarham dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan kawasan tersebut sudah dikawal polis.
Menurutnya, menjadi rutin sejak lima bulan lalu Muhamad Nadim membantunya di pasar malam pada sebelah petang dan malam pula bekerja di gerai burger berkenaan.
Abdul Malek berkata, Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Tambun setelah selesai proses bedah siasat di HRPB dan solat jenazah.
Sebelum itu, Muhamad Nadim dan rakannya, Mohamad Elias Kamarudin, 30, dilaporkan meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di sebuah gerai burger di Taman Bercham Raya dekat sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian terbabit kira-kira jam 1.15 pagi.
Menurutnya, mangsa yang maut ditemui tidak sedarkan diri di gerai tersebut sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 15 2023
Nik Nor Diana menunjukkan gambarnya bersama Muhamad Nadim ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Penjual burger maut: 'Dia anak yang baik, suka belanja mak cik'
Diana Ismail mengakui masih terkejut dengan berita kematian anak kedua dari tiga beradik itu, Muhamad Nadim Taqwa Abdul Malek, 14.