SEMPORNA: Walaupun sudah terkena empat das tembakan kerana cuba menetak pasukan polis, seorang penjenayah tegar enggan mengalah malah cuba melastik anggota menggunakan anak panah besi, sebelum dia berjaya ditahan.
Dalam kejadian pada jam 9.30 malam Jumaat di Kampung Panji Semporna di sini, suspek berusia 40 tahun itu sempat dihantar ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, terdahulu suspek yang diburu bagi siasatan kes curi dan pecah rumah menyedari kehadiran pasukan serbuan polis dan telah bertindak agresif.
"Ketika pasukan serbuan membuka salah satu bilik tidur, suspek yang sedang duduk terus bangun mencapai parang dan melibas ke arah anggota polis, menyebabkan anggota itu melepaskan satu das tembakan untuk mempertahankan diri yang terkena paha kanan.
"Suspek terus cuba melibas ke arah anggota, memaksa pasukan melepaskan tiga das tembakan menyebabkan dia jatuh terbaring.
"Dia kemudian cuba melepaskan anak panah besi menggunakan lastik, namun polis berjaya menahannya," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis merampas sebilah parang sepanjang 70 sentimeter, lastik dengan empat anak panah besi serta sebilah pisau.
Katanya, suspek yang juga pendatang asing tanpa izin warga Filipina itu merupakan penjenayah yang aktif melakukan jenayah sejak 2008 dan pernah empat kali dipenjara di bawah kesalahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, selain dipercayai terlibat dalam sembilan kes curi di daerah Semporna.
Petrus Bernard
Sun May 02 2021
Polis menunjukkan senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk menyerang pasukan serbuan menyebabkan dia ditembak mati. - Gambar/ Astro AWANI
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
83 penjenayah tegar dikena tindakan di bawah POCA sejak Januari
12 dikenakan Perintah Tahanan manakala 71 dikenakan Perintah Pengawasan, membabitkan penjenayah tegar yang tidak dapat diambil tindakan oleh mahkamah disebabkan masalah tertentu.
Penjenayah tegar cuba tetak, panah polis maut kena 4 das tembakan
Suspek yang diburu bagi siasatan kes curi dan pecah rumah menyedari kehadiran pasukan polis dan telah bertindak agresif.