SHAH ALAM: Penjawat awam negeri Selangor digalakkan untuk melakukan pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan PADU akan memberikan maklumat yang lebih tepat kepada proses pemberian subsidi di masa hadapan dan juga program perancangan kerajaan.
Beliau berkata ketika ini seramai 27,378 penjawat awam negeri Selangor, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkhidmat di negeri itu.
"Insyallah-Allah, kita akan menggalakkan penjawat awam untuk mendaftar PADU dan sebahagian penjawat awam di sini (Selangor) merupakan PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) iaitu bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, dan arahan itu saya rasa telah dipanjangkan kepada mereka semenjak beberapa minggu yang lepas," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, hari ini yang turut dihadiri antaranya ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) iaitu Exco dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor (SPRM) Datuk Alias Salim.
Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Jan lepas hingga 31 Mac depan dan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.
Sistem berkenaan dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.
Sementara itu, Amirudin berkata sesi lafaz ikrar bebas rasuah hari ini, menjadi bukti usaha kerajaan negeri yang sentiasa memandang serius terhadap komitmen kerajaan Pusat dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat.
"Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh kepimpinan kerajaan Selangor dalam menandatangani ikrar bebas rasuah juga, turut membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksklusif SPRM semata-mata.
"Sebaliknya ia merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat, khususnya dalam kalangan warga yang berkhidmat di agensi kerajaan, bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024

Amirudin (tengah) mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini. - Foto Bernama

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]
Fokus #AWANIpagi 1 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Penjawat awam Selangor digalak mendaftar PADU - Amirudin
Penjawat awam negeri Selangor digalakkan untuk melakukan pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).