JOHOR BAHRU: Polis menahan enam individu termasuk seorang penjawat awam disyaki terlibat penyeludupan dadah dalam penjara menerusi serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini sejak Khamis hingga Ahad lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kegiatan tersebut terbongkar selepas sepasukan anggota cawangan mahkamah di sini menjalankan pemeriksaan terhadap Orang Kena Tuduh (OKT) yang selesai menjalani perbicaraan, kira-kira 10.30 pagi, Khamis lepas.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas OKT tersebut menemukan sembilan biji balutan mampat dalam bentuk 'barrel' berisi dadah disembunyikan di seluar dalamnya, selain dia juga dipercayai menelan sejumlah dadah ketika berada di mahkamah.
"Susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Johor Bahru Selatan telah membuat lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan menahan tiga lelaki termasuk seorang penjawat awam serta tiga wanita berusia lingkungan 25 hingga 37 tahun.
"Hasil saringan ujian air kencing mendapati dua daripadanya positif dadah jenis methamphetamine, manakala tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah," katanya pada sidang media di IPK Johor hari ini.
Kamarul Zaman berkata, pihak hospital berjaya mengeluarkan sebanyak enam biji balutan mampat dalam bentuk 'barrel' berisi dadah melalui pembedahan yang dijalankan terhadap OKT.
"Selain itu, kita turut merampas 44.74 gram ganja bernilai RM2,237, syabu seberat 28.84 gram bernilai RM2,884 serta wang tunai berjumlah RM3,800.
"Modus operandi yang digunakan adalah dengan menelan dadah yang telah dibungkus dalam bentuk 'barrel' dan seterusnya dibawa masuk ke dalam penjara setelah selesai perbicaraan di mahkamah untuk diedarkan," katanya.
Beliau berkata, kesemua mereka direman hingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata bermula 1 Jan hingga Ahad lepas, JSJN Johor berjaya menahan seramai 14,175 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dan merampas dadah sebanyak 4.25 tan metrik bernilai RM14.15 juta serta menyita harta sindiket dadah bernilai RM10.95 juta. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Polis menahan enam individu termasuk seorang penjawat awam disyaki terlibat penyeludupan dadah dalam penjara menerusi serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru sejak Khamis hingga Ahad lepas.
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
PPS SSPA ditubuh beri penjelasan tepat, elak kekeliruan penjawat awam - KPPA
Pusat Panggilan Setempat SSPA yang ditubuh JPA bertujuan memberi penjelasan tepat bagi mengelak kekeliruan berlegar dalam kalangan penjawat awam.
Belanjawan Sarawak 2025: RM18.5 juta untuk program latihan penjawat awam negeri
Sarawak memperuntukkan RM18.5 juta bagi melaksanakan program latihan dan pembangunan yang bertujuan membina budaya berprestasi tinggi dalam Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS).
'Penjawat awam terlibat rasuah masih tinggi' - Azam Baki
Penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam rasuah mencecah hampir 50 peratus, menunjukkan negara masih bergelut untuk membanteras rasuah.
Gaji permulaan terendah di laman sesawang SPA akan dikemas kini pada Disember
Kadar gaji permulaan terendah bagi jawatan ditawarkan di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan dikemas kini pada 1 Dis.
Pengarah negeri dapatkan kebenaran KP pusat bagi elak maklumat bercanggah
Prosedur sesetengah jabatan kerajaan agar pengarah negeri mendapatkan kebenaran daripada KP di peringkat pusat sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan adalah bagi mengelakkan percanggahan maklumat.
Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA
Mereka boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.
SPRM perlu guna teknologi tinggi untuk bantu selesaikan siasatan - Akhbar Satar
Peruntukan besar yang dberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah wajar kerana agensi itu perlu beradaptasi dengan pelbagai teknologi tinggi dalam menjalankan siasatan.
Penjawat awam perlu tambah baik sistem penyampaian kepada rakyat - KPPA
Penjawat awam diseru menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras ganjaran dan keprihatinan kerajaan terhadap mereka dalam Belanjawan 2025.
Tiada layanan dua darjat jika tidak tandatangan SSPA - KPPA
Tiada layanan dua darjat terhadap penjawat awam yang tidak menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).