Seorang lelaki berusia 51 tahun dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 18 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol anak perempuan tirinya berusia 15 tahun dan melakukan sumbang mahram sejak lima tahun lepas.
Hakim Ummu Kalthom Abd Samad menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Kahar Sengkang selepas dia mengaku bersalah.
Dia menjawab "ya, bersalah" selepas pertuduhan dibacakan dan sentiasa menundukkan kepalanya sepanjang prosiding berjalan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Kahar didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu dan melakukan sumbang mahram sejak anak tirinya itu berusia 10 tahun, dengan kesalahan itu diteruskan sehingga 13 Jun tahun ini di rumah mereka (ruang tamu dan bilik tidur) di Kg Lubok Temiang semasa orang lain tiada di rumah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan 10 sebatan.
Bagi perbuatan sumbang mahram, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (A) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 376B akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan.
Dia dijatuhi hukuman penjara berjumlah 22 tahun dan 18 sebatan rotan bagi kedua-dua kesalahan.
Mahkamah memerintahkan supaya hukuman penjara dijalankan berturut-turut mulai tarikh Mohd Kahar ditangkap pada 4 Julai tahun ini.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Aliear mengendalikan pendakwaan.
Mangsa membuat laporan polis pada 13 Jun lepas apabila dia tidak tahan lagi dengan penderaan oleh bapa tirinya itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
![Penjara 22 tahun, sebat 18 kali hukuman rogol anak tiri Penjara 22 tahun, sebat 18 kali hukuman rogol anak tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565076869_ROGOL.jpg)
Mohd Kahar didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu dan melakukan sumbang mahram sejak anak tirinya itu berusia 10 tahun.
![Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720162604_pegawai.jpg)
Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan seorang pegawai SPRM dan Datuk Roy untuk mengkaji semula pertuduhan rasuah.
AWANI Ringkas: Tiga nama selesai disaring calon Nenggiri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161330_HishamuddinMdRais.jpg)
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
![Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720156111_PrabowoSubianto.jpg)
Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah
Dr Yos Sunaryo berkata, beliau akur dengan permintaan Prabowo, namun enggan mengulas bila pembedahan itu dijalankan.
![Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720161501_TARIANPIALADUNIA.jpg)
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
AWANI Ringkas: KESUMA lapor kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian
Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' di Kuala Lumpur.
![Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720160645_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan mengenai isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Pantau Belanjawan: Atasi cabaran & manfaat peluang ekonomi bersama
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma mengulas berkenaan KDNK Negeri 2023 yang diumumkan baru-baru ini.
Individu 'Narsisistik' perlu dihindari agar hidup tenteram
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsisistik (NPD) atau sifat mengagumi diri sendiri secara berlebihan, perlu dihindari agar tidak menimbulkan stres dan gangguan emosi.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
![Pelajar Tingkatan 4 dirogol buruh, bapa tiri jadi dalang Pelajar Tingkatan 4 dirogol buruh, bapa tiri jadi dalang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697540446_raped.jpg)
Pelajar Tingkatan 4 dirogol buruh, bapa tiri jadi dalang
Seorang buruh ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sini pada Sabtu.
![Polis tahan lelaki rogol anak tiri sejak Darjah Empat Polis tahan lelaki rogol anak tiri sejak Darjah Empat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704875464_TBrogolanaktiri.jpg)
Polis tahan lelaki rogol anak tiri sejak Darjah Empat
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menjadikan dua anak tirinya yang masing-masing berusia 13 dan 15 tahun sebagai pemuas nafsunya sejak tujuh tahun lalu di sebuah rumah di Tanjung Kling.
![Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak tiri berusia 11 tahun Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak tiri berusia 11 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697081437_Rogol.jpg)
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak tiri berusia 11 tahun
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pondok dalam kebun di kawasan Air Ganda, Gerik 3 Oktober lalu.
![Bapa kanak-kanak hilang di Amazon ditahan cabul anak tiri Bapa kanak-kanak hilang di Amazon ditahan cabul anak tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691991331_childsurvivors.jpg)
Bapa kanak-kanak hilang di Amazon ditahan cabul anak tiri
Polis Colombia menahan bapa kanak-kanak Orang Asli yang menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia pada bulan Jun lalu selepas terselamat dalam nahas pesawat dan hilang 40 hari di dalam hutan Amazon.
![Budak 4 tahun maut: Ibu kandung, bapa tiri mengaku salah aniaya, sebabkan cedera Budak 4 tahun maut: Ibu kandung, bapa tiri mengaku salah aniaya, sebabkan cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683087051_JohorBahruDakwaD.jpg)
Budak 4 tahun maut: Ibu kandung, bapa tiri mengaku salah aniaya, sebabkan cedera
Sepasang suami isteri mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya dan menyebabkan kecederaan terhadap anak mereka berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika dirawat di HSA, bulan lalu.
![Wanita dera anak hingga mati dibebaskan dengan jaminan polis Wanita dera anak hingga mati dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678449194_TBpdrm.jpg)
Wanita dera anak hingga mati dibebaskan dengan jaminan polis
Polis masih meneruskan reman terhadap suspek lelaki yang merupakan bapa tiri mangsa bagi membantu siasatan.
![Kanak-kanak empat tahun maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tiri Kanak-kanak empat tahun maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679908099_kidsabuse.jpg)
Kanak-kanak empat tahun maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tiri
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan bapa tiri, pagi semalam.
![Rogol: Reman ibu, bapa tiri kanak-kanak disambung Rogol: Reman ibu, bapa tiri kanak-kanak disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682320104_ShadowHand.jpg)
Rogol: Reman ibu, bapa tiri kanak-kanak disambung
Tempoh reman ibu dan bapa tiri kepada kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa dera dan rogol disambung lima hari lagi.
![Pengajar kelas renang bakal berdepan 32 pertuduhan rogol anak tiri Pengajar kelas renang bakal berdepan 32 pertuduhan rogol anak tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681019106_TBROGOL.jpg)
Pengajar kelas renang bakal berdepan 32 pertuduhan rogol anak tiri
Suspek berusia 36 tahun akan berdepan 32 pertuduhan termasuk merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek.
![Kes rogol remaja: Polis ingatkan henti spekulasi Kes rogol remaja: Polis ingatkan henti spekulasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681019106_TBROGOL.jpg)
Kes rogol remaja: Polis ingatkan henti spekulasi
Polis menggesa orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berhubung siasatan yang dijalankan membabitkan remaja perempuan berusia 16 tahun yang didakwa dirogol bapa tiri.