KLANG: Seorang penjaga spa mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan hari ini atas dua pertuduhan, membabitkan pengabaian kanak-kanak di bawah peliharaannya dan menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan membuang mayat seorang bayi pada minggu lepas.
Chong Kim Fui, 43, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki bernama Chong Yi Sing (tidak daftar kelahiran), telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara memberi minum susu dan membiarkannya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu sesak nafas.
Kim Fui membuat pengakuan itu, sebaik pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa dalam Bahasa Mandarin terhadapnya di hadapan Hakim Noridah Adam di Mahkamah Sesyen Klang.
Kim Fui didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium, Jalan Batu Tiga Lama, Klang pada 6 April 2022, jam lebih kurang 3 petang hingga 8 malam.
Dia dituduh di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) yang boleh di hukum di bawah Seksyen 31 (1) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Abd Raoff mencadangkan kepada mahkamah untuk menetapkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjaminm dan tertuduh diminta untuk tidak menganggu saksi kes itu.
Kim Fui yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon agar jumlah itu dikurangkan memandangkan dia hanya mempunyai pendapatan sekitar RM2,000 ke RM3,000 sebulan.
Hakim Noridah menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi-saksi lain. Kes akan disebut semula 30 Mei nanti.
Manakala di Mahkamah Majistret Klang, Kim Fui membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat seorang bayi pada Khamis lepas, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P.Sarulatha.
Mengikut pertuduhan, Kim Fui didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan membuang mayat seorang bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita warga asing, yang mana bayi itu telah mati selepas dilahirkan.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 7 April 2022 di tempat pembuangan sampah di kondominium, Jalan Batu Tiga Lama, Klang pada jam 4 pagi.
Kim Fui ituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang mana boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama dan jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nuruljannah Aimi (repeat Nuruljannah) mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan meminta tertuduh melaporkan diri ke balai polis berhampiran.
Peguam Lau Yih Ying yang mewakili tertuduh, meminta agar wang jaminan dikurangkan kepada RM3,000 dan memohon sebulan sekali untuk anak guamnya melaporkan diri di balai polis sekiranya ada keperluan.
Mahkamah menetapkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran. Kes di sebut semula pada 30 Mei nanti.
Media sebelum ini melaporkan, polis telah menahan seorang wanita warga asing dan teman lelakinya pada Khamis, susulan penemuan mayat bayi lelaki yang dianggarkan berusia empat bulan di tempat pembuangan sampah, di sebuah kondominium di Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Pekerja spa, Chong Kim Fu, 43, (tengah) didakwa di dua Mahkamah Klang hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Penjaga spa mengaku tidak bersalah abai, buang mayat bayi
Dia didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan membuang mayat seorang bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita warga asing.
Polis berkas dua suspek kes bunuh pekerja spa
Kedua-dua suspek ditahan selepas polis mengklasifikasikan semula kes kematian wanita itu daripada mati mengejut kepada kes pembunuhan.