JOHOR BAHRU: Seorang penjaga pusat asuhan kanak-kanak swasta didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pada Selasa atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, minggu lalu.
Bagaimanapun Ng Shu Tian, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di bawah peliharaannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah pusat asuhan kanak-kanak swasta di Taman Molek di sini jam 4 petang pada 22 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar, manakala tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien dan Ooi Hong Ming.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melapor diri di Balai Polis Bukit Gambir, Muar setiap bulan.
Mahkamah kemudian menetapkan 27 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 30 2023

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa. - Sumber foto Sinar Harian
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Penjaga pusat asuhan didakwa aniaya budak lelaki
Seorang penjaga pusat asuhan kanak-kanak swasta didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pada Selasa atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, minggu lalu.