KUALA LUMPUR: Pembongkaran kegiatan seorang pengamal perubatan di Terengganu menjual sijil vaksinasi COVID-19 palsu baru-baru ini mencetuskan polemik tentang kemampuan perundangan sedia ada untuk mengekang kegiatan itu.
Kata kebanyakan pengamal undang-undang, perbuatan individu profesional tersebut bukan sahaja mencabar peruntukan perundangan yang ada, tetapi juga melemahkan usaha kerajaan untuk mengawal penularan virus maut itu di negara ini.
Menurut seorang peguam, isu itu boleh dilihat menerusi dua aspek, iaitu tentang golongan yang enggan divaksinasi sehingga sanggup membeli sijil palsu dan penipuan membabitkan sijil vaksinasi COVID-19 adalah jenayah baharu yang belum pernah dihadapkan ke mahkamah.
"Sebelum pandemik COVID-19, tidak pernah berlaku situasi penipuan sijil vaksinasi walaupun sudah ada pelbagai program imunisasi yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.
"Justeru, tidak ada undang-undang khusus untuk menangani penipuan melibatkan vaksinasi. Buat masa ini, tindakan undang-undang boleh diambil menurut Kanun Keseksaan atau Akta 574," kata peguam Muhammad Akram Dr Abdul Aziz kepada Bernama.
Jelas beliau, akta itu boleh digunakan untuk mendakwa kedua-dua pihak, iaitu penjual dan juga pembeli, yang jika didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun serta sebatan.
Namun menurut beliau, disebabkan kesalahan berkaitan vaksin COVID-19 adalah perkara baharu tanpa kes duluan, keberkesanan peruntukan di bawah Akta 574 dalam mencegah individu tidak beretika melakukan jenayah itu belum dapat dibuktikan.
"Jadi dalam keadaan sekarang, saya berpandangan meskipun undang-undang sedia ada boleh digunakan, akta itu tidaklah ekstensif atau mampu mengawal selia kesalahan-kesalahan berkaitan COVID-19 secara menyeluruh, contohnya melibatkan penipuan sijil vaksinasi," katanya.
Realitinya, polemik tentang sijil vaksinasi COVID-19 palsu sudah kedengaran sejak setahun lepas apabila arahan wajib vaksinasi kepada golongan pekerja tertentu dikeluarkan selain majoriti premis juga mensyaratkan hanya pelanggan lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke premis masing-masing.
Hal itu menyebabkan golongan antivaksin menjadi "cacing kepanasan" dan berusaha mencari jalan keluar, sekali gus membuka peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan menjual sijil vaksinasi palsu.
Dalam kes di Terengganu itu, seorang doktor di sebuah klinik swasta di Marang ditahan oleh polis pada awal bulan ini selepas disyaki terbabit dalam kegiatan menjual sijil vaksinasi palsu sejak September lepas.
Mengulas kes itu, Muhammad Akram berkata suspek boleh didakwa menurut Seksyen 420 dan Seksyen 465 Kanun Keseksaan, masing-masing kerana penipuan dan pemalsuan.
"Namun elemen yang perlu dibuktikan dalam kedua-dua seksyen tersebut mungkin tidak sama dengan apa yang perlu dibuktikan sekiranya adanya satu akta spesifik ataupun peruntukan undang-undang spesifik dibuat bagi kes COVID-19.
"Jadi, saya berpandangan mungkin sudah tiba masanya undang-undang sedia ada diperbaharui, digubal atau menguatkuasakan undang-undang spesifik untuk isu melibatkan COVID-19 atau apa-apa gejala berskala pandemik," ulas beliau.
Menurutnya, antara yang boleh dilakukan oleh pihak berwajib ialah memperluas peruntukan undang-undang sedia ada atau meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Kesalahan ini wajar diambil perhatian serius oleh kerajaan kerana kegiatan sindiket tersebut membabitkan keselamatan awam, iaitu mendedahkan masyarakat kepada bahaya wabak berkenaan," tegasnya.
Sementara itu, pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Muzaffar Syah Mallow berkata semua pihak perlu memainkan peranan dalam hal penggunaan sijil vaksinasi palsu tersebut.
Ini termasuk majikan yang boleh mengambil tindakan tegas terhadap pekerja mereka yang didapati berbuat demikian, katanya.
Menurutnya, majikan yang didapati bersubahat atau menjadi dalang dalam isu sijil vaksinasi COVID-19 palsu pula boleh diambil tindakan menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Dalam pada itu, pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Sawal Hamid Md Ali mencadangkan agar kerajaan memperkemas maklumat vaksinasi dengan memastikan maklumat dimasukkan ke dalam pangkalan data Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Menerusi langkah itu, maklumat vaksinasi dapat dikongsikan dengan pihak lain, khususnya dalam mengesan pergerakan individu yang menggunakan sijil vaksinasi palsu di pintu sempadan negara, katanya.
"Proses verifikasi sijil vaksin juga perlu dilakukan melalui sistem pengesanan digital, bukan hanya sekadar menunjukkan paparan sijil," katanya, menambah pangkalan data penerima vaksin juga harus dihubungkan dengan entiti penting agar maklumat vaksinasi individu dapat diakses secara terus oleh pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022
Muhammad Akram berkata, memandangkan buat masa ini tidak ada undang-undang khusus untuk menangani penipuan melibatkan vaksinasi, tindakan boleh diambil menurut Kanun Keseksaan atau Akta 574.
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pemilik simpanan bank luar negara lari bayar cukai bakal kena tindakan - LHDN
Mana-mana individu yang mempunyai simpanan wang dalam akaun bank di luar negara yang gagal membuat pelaporan cukai secara telus bakal berdepan tindakan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dua Ahli Parlimen Bersatu bakal berdepan tindakan undang-undang
Bersatu sedang meneliti dan mengumpul bukti bagi membolehkan tindakan perundangan diambil terhadap Zahari Kechik dan Mohd Azizi Abu Naim.
Victor Osimhen bakal saman Napoli berhubung video viral di TikTok
Video itu muncul selepas Osimhen membantu pasukan Itali memperoleh gelaran liga pertama untuk kelab itu dalam tempoh tiga dekad.
Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM
Satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini.
Kerajaan wajar lindungi kemuliaan, ketinggian institusi diraja - Pakar
Tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja adalah wajar bagi melindungi kemuliaan, ketinggian dan peranan berkecuali institusi berkenaan.
Tindakan undang-undang untuk pertahankan kedaulatan institusi diraja - PM
Sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghina institusi diraja dibuat bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu.
Pesawat terhempas di Elmina: Kongsi gambar, video tragedi boleh dikenakan tindakan - MCMC
Hormati dan tunjuk empati yang tinggi pada keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas, gesa MCMC kepada orang ramai.
Pemimpin BJP maut ditembak di Uttar Pradesh India
Seorang pemimpin dari Parti Bharatiya Janata (BJP) maut ditembak di negeri Uttar Pradesh, India, lapor Xinhua memetik polis pada Jumaat.
PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti
Saifuddin Nasution berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
PKR mungkin teruskan tindakan undang-undang terhadap bekas ahli khianat parti - Fahmi
PKR mungkin mempertimbangkan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap beberapa bekas ahlinya yang telah mengkhianati parti sebelum ini, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.