KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 10 individu, termasuk seorang bergelar "Datuk", yang disyaki terlibat dalam skim penipuan pelaburan forex di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor, Sabtu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita berusia dari 29 hingga 64 tahun.
Beliau berkata pihaknya turut merampas pelbagai barang antaranya sembilan kenderaan mewah, 64 jam tangan dan lima jongkong emas seberat lima kilogram, dianggarkan bernilai hampir RM127 juta.
"Sindiket ini dikenali sebagai Pelaburan Forex GCG Asia dan aktif sejak 2018 dan kesemua suspek berperanan sebagai broker, ejen pencari pelabur, pengurus kewangan dan pemilik akaun.
"Sindiket ini menyasarkan warga tempatan sebagai mangsa dan mereka mempromosikan pelaburan berasaskan forex dengan kadar pulangan secara mingguan antara 12 hingga 14 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan," katanya dalam satu sidang media khas di sini hari ini.
Mohd Kamarudin berkata sindiket berkenaan memberitahu para pelabur mereka bahawa wang pelaburan akan dilaburkan oleh syarikat GCG Asia dalam pelbagai medium untuk menjana keuntungan yang besar.
Menurutnya, pelabur akan diberi pautan laman sesawang pelaburan bersama dengan kata laluan dan akan dapat melihat jumlah keuntungan yang diterima namun keuntungan tersebut tidak dapat dipindahkan atau ditunaikan.
"Sindiket ini kemudian akan memutuskan perhubungan komunikasi dengan pelabur setelah mendapat jumlah pelaburan besar dan memberhentikan operasi skim pelaburan berkenaan secara tiba-tiba. Pelabur yang tidak berpuas hati akan merasa diperdaya kerana tidak mendapat pulangan keuntungan yang dijanjikan.
Sehingga kini, sejumlah 23 kes sedang disiasat berkait penipuan Pelaburan Forex GCG Asia melibatkan kerugian berjumlah RM2.9 juta," katanya.
Beliau berkata sembilan daripada suspek direman sehingga hari ini manakala seorang lagi direman semalam dan permohonan untuk melanjutkan reman mereka sedang dilakukan.
Empat daripada suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah dalam kes penipuan.
Kamarudin berkata, hasil siasatan setakat ini, tiada sebarang orang kenamaan (VIP) yang terlibat dengan sindiket ini.
"Dalang berusia 40 tahun bergelar 'Datuk' yang menamakan dirinya sebagai 'Datuk Seri' dalam modus operandi mereka. Beliau juga mempunyai latar belakang pendidikan ijazah sarjana dalam bidang 'Business Administration' (Pentadbiran Perniagaan)," katanya.
Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan iklan-iklan promosi pelaburan di media sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebagainya.
Katanya orang awam perlu membuat semakan terhadap status skim pelaburan dan syarikat yang menawarkan pelaburan tersebut sama ada dilesenkan oleh pihak Bank Negara Malaysia atau tidak dalam menjalankan aktiviti pelaburan.
"Membuat pengesahan akaun, dan talian telefon terlebih dahulu melalui laman sesawanghttp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenal pasti sama ada akaun tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan ataupun tidak sebelum membuat sebarang transaksi bayaran.
"Sila laporkan kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai apa-apa maklumat berkenaan sindiket penipuan yang terdapat di media sosial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
Polis merampas pelbagai barang antaranya sembilan kenderaan mewah, 64 jam tangan dan lima jongkong emas seberat lima kilogram, dianggarkan bernilai hampir RM127 juta. - Gambar/ Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Warga asing jadikan Bukit Bintang pusat sindiket penipuan Forex diserbu
Sindiket penipuan pelaburan dalam talian didalangi warga asing dan tempatan dilumpuhkan dengan tangkapan seramai 49 individu susulan serbuan di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, 6 Februari lalu.
Penipuan pelaburan forex: 'Datuk' ditahan, polis rampas barangan RM127 juta
Polis menahan 10 individu, termasuk seorang bergelar "Datuk", disyaki terlibat dalam skim penipuan pelaburan forex di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.