KLANG: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia ketika ini tidak menggambarkan sebarang situasi cemas.
Jelas Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) itu, ia memandangkan penggunaan fasiliti kesihatan termasuk kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) masih lagi terkawal.
"Kita bukan lagi dalam ‘COVID War’. Kita sedang masuk fasa pandemik ke endemik. Jadi tindakan kita berwajaran.
"Kita punyai sistem yang sistematik bukan hanya melihat pada angka. Sebaliknya kita melihat kepada tiga, empat faktor ini.
"Pertama jumlah kes, kedua jumlah kematian, ketiga jumlah kemasukan ke ICU dan keempat, sejauh mana beban fasiliti termasuk penggunaan katil di hospital,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Konvensyen Nasional Amanah 2023 mewakili jawatankuasa yang diterajuinya di salah sebuah hotel di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, rakyat tidak juga diingatkan agar tidak terlalu 'panik' dengan laporan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19.
Sebaliknya, beliau meminta orang ramai supaya mengambil sikap untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak dijangkiti.
Sementara itu, Dr Dzulkefly dalam sama sama berkata, kes wabak berkenaan di negara ini dijangka menunjukkan penurunan mulai Januari tahun depan.
“Ramalan model kita insya-Allah dengan izin Allah, Januari (COVID-19) akan turun,” katanya.
Dr Dzulkefly dalam sidang akhbarnya pada 16 Disember lalu dilapor berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bercadang untuk mengulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang lonjakan jangkitan wabak berkenaan.
Sebaliknya, beliau berkata, kementeriannya memperkukuhkan Pelan Pengurusan COVID-19 melalui lima strategi utama.
Pada Minggu Epidemiologi 50 iaitu pada 10 Disember sehingga 16 Disember lalu, sebanyak 20,696 kes baharu wabak tersebut direkodkan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 24 2023
![Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia bukan situasi cemas Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia bukan situasi cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703402860_TBENDEMIK.jpg)
Penggunaan fasiliti kesihatan termasuk kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) masih lagi terkawal. - Gambar fail
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002668_WargaEmasLemasP.jpg)
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
![Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739004501_CocaCola.jpg)
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
![Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739004981_KhaledNordin.jpg)
Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
![Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739000056_AmirudinShari.jpg)
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.
![Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738998395_mayat.jpg)
Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.
![Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739003480_pilihanrayaindia.jpg)
Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.
![Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia bukan situasi cemas Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia bukan situasi cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703402860_TBENDEMIK.jpg)
Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia bukan situasi cemas
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia ketika ini tidak menggambarkan sebarang situasi cemas.
![Bulgaria teruskan persediaan pilihan raya ketiga Bulgaria teruskan persediaan pilihan raya ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636851086_Bulgaria.jpg)
Bulgaria teruskan persediaan pilihan raya ketiga
Tiada parti memperoleh sokongan mencukupi dalam dua pilihan raya terdahulu pada April dan Julai.
![COVID-19: India catat kes harian terendah sejak empat bulan lalu COVID-19: India catat kes harian terendah sejak empat bulan lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61596329623_india.jpg)
COVID-19: India catat kes harian terendah sejak empat bulan lalu
Negara itu melihat terdapat trend penurunan berbanding lonjakan kes yang dilaporkan pada September lalu.