KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mengalami kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran pelaburan melibatkan visa pelancong dan pekerja asing oleh seorang lelaki tempatan, April tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata mangsa yang berniaga dalam sektor pertanian berusia 33 tahun itu mengenali lelaki berkenaan melalui ahli keluarganya sebelum terperdaya dengan tawaran keuntungan RM6,000 bagi setiap visa yang dilaburkan.
Beliau berkata mangsa telah menyerahkan wang RM300,000 untuk 50 permohonan visa pekerja asing kepada suspek dan satu pasport bagi permohonan visa pekerja.
"Suspek kemudiannya menyerahkan surat pengesahan penerimaan permohonan daripada Jabatan Imigresen kepada mangsa dan hasil semakan mendapati surat tersebut palsu.
"Mangsa membuat laporan polis pada Julai tahun lepas selepas lelaki berkenaan gagal dihubungi serta menghilangkan diri," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Susulan kejadian itu, sepasang kekasih berusia 33 dan 43 tahun yang disyaki terbabit dengan kes penipuan tersebut ditahan polis dalam serbuan di dua unit kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Rabu lepas.
Mohd Fakhrudin berkata pihaknya turut merampas tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, lima kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan masing-masing satu pasport dan kad nama.
Menurutnya, siasatan mendapati pasangan tersebut aktif melakukan jenayah penipuan sejak April tahun lepas dan lelaki tempatan itu ditahan reman tiga hari sehingga esok (14 Jan) manakala wanita warga asing yang juga pendatang tanpa izin direman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Sepasang kekasih berusia 33 dan 43 tahun yang disyaki terbabit dengan kes penipuan tersebut ditahan polis dalam serbuan di dua unit kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Rabu lepas. - Gambar hiasan
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Penyelia syarikat didakwa perdaya pengambilan pekerja asing
Seorang penyelia syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan memperdayakan seorang mangsa berhubung pengambilan pekerja asing yang melibatkan kerugian hampir RM200,000.
Peniaga rugi RM300,000 ditipu tawaran pelaburan visa pekerja
Seorang peniaga mengalami kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran pelaburan melibatkan visa pelancong dan pekerja asing oleh seorang lelaki tempatan, April tahun lepas.